Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Perpisahan. Show all posts
Showing posts with label Perpisahan. Show all posts

Thursday, January 30, 2020

PERPINDAHAN PUAN NOR HAIZA KE SK DENGKIL


Pada 17 Januari 2020 (Jumaat), satu majlis perpisahan buat Puan Nor Haiza binti Mokhtar. Majlis perpisahan ini dilakukan di kantin sekolah sebelum tamat waktu persekolahan. Ia telah dihadiri oleh murid-murid dan semua pentadbir, guru dan kakitangan sekolah.

Beliau akan berpindah ke SK Dengkil bermula pada 20 Januari 2020 (Isnin). Majlis perpisahan ini diadakan bagi memberi peluang kepada Cikgu Nor Haiza memberikan ucapan dan menyampaikan pesanan serta nasihat kepada semua murid.

Pihak sekolah akan kehilangan seorang guru Bahasa Melayu yang berdedikasi mengajar anak didiknya. Diharapkan semoga Puan Nor Haiza akan terus cemerlang dan maju di sekolah yang baharu. 


  

Friday, June 16, 2017

MAJLIS PERPISAHAN PN. SITI KHATIJAH


Pn. Siti Khatijah binti Aris ialah seorang guru opsyen Sejarah di SK Bukit Tampoi (A). Beliau yang telah bertugas selama dua tahun iaitu dari 2015 hingga 2017 di sekolah ini. Ini merupakan sekolah kedua bagi beliau. Sekolah pertama beliau adalah di Sarawak. Kini beliau telah bertukar ke Johor dalam daerah Johor Bahru. Beliau bertukar ke sana kerana mengikut suaminya yang bekerja di Singapurra.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana permohonan pertukarannya telah berjaya. Kami di sini telah kehilangan seorang guru muda yang berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diberi. Semoga beliau berjaya mencurahkan baktinya di sana di samping suami yang tercinta. Sampai kita bertemu kembali.





Monday, November 28, 2016

JASAMU DIKENANG PN. ROSETAH BINTI AREP@ARIFF


Tahniah diucapkan kepada Pn. Rosetah binti Arep @Ariff kerana telah berjaya dalam permohonan pertukaran tempat bertugas. Beliau telah ditempatkan semula di SK Salak kerana berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Jasa beliau di SK Bukit Tampoi (A) amat banyak sehingga tidak terhitung. Hanya Tuhan sahaja yang layak untuk membalasnya. Terima kasih diucapkan di atas segala budi bakti selama yang telah dicurahkan demi kecemerlangan sekolah kami. Semoga beliau berbahagia di tempat baharu dengan semangat baharu.



Bersalaman dengan murid Prasekolah



Bersalaman dengan murid-murid




Murid yang bersedih atas pemergian guru tersayang



Menandatangani Buku Kehadiran Guru buat kali terakhir di 
SK Bukit Tampoi (A)

Sunday, November 27, 2016

SALAM PERPISAHAN TAHUN 2016


Majlis Salam Perpisahan Tahun 6 sesi 2016 telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SK Bukit Tampoi (A) pada hari terakhir persekolahan. Semua murid Tahun 6 telah bersalaman sambil memohon ampun dan maaf daripada semua guru selama mana mereka telah bersekolah di sini. Selamat berjaya menempoh alam remaja di sekolah menengah pula. Timbalah pengalaman yang berguna ketika berada di sana.