Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, February 23, 2022

SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN YAYASAN MAHA KARUNA 2022


Pihak sekolah telah menerima sebanyak 50 set peralatan persekolahan daripada Yayasan Maha Karuna pada 21 Februari 2022 (Isnin). Sumbangan ini diberikan sebagai persediaan persekolahan sesi 2022 kepada 50 orang murid terpilih.

Selain daripada itu, pihak yayasan juga turut memberi sumbangan penapis air kepada sekolah untuk kegunaan warga sekolah. Sumbangan ini sungguh bermakna kepada sekolah dan murid-murid bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Maha Karuna kerana sudi memberi sumbangan kepada SK Bukit Tampoi (A) terutamanya kepada murid-murid di sekolah ini. Murid-murid amat teruja untuk menerima sumbangan ini dan tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan baharu. 

Monday, February 14, 2022

PEMULANGAN BUKU TEKS SESI 2021/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua ibubapa.

📌Penghantaran  buku teks boleh dibuat selewat-lewatnya pada 18/2/2022 (Jumaat)

📌Jika murid tidak hadir ke sekolah, ibubapa boleh menghantar buku teks ke pondok pengawal. (Tulis nama dan kelas murid)

📌Pastikan buku teks diikat dengan kemas.

📌Buku yang hilang perlu diganti dengan buku yang sama (kecuali buku Tahun 6) atau diganti dengan wang.

📌MURID YANG TIDAK MENGHANTAR BUKU TEKS,TIDAK AKAN MENERIMA BUKU TEKS YANG BAHARU BAGI SESI 2022/2023.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 9, 2022

SUMBANGAN SYARIKAT HITACHI TRANSPORT SDN. BHD. KEPADA MANGSA BANJIR 2021


Syarikat Hitachi Transport Sdn. Bhd. merupakan sebuah anak syarikat daripada Hitachi Malaysia Berhad. Syarikat ini telah menyumbang pakaian seragam sekolah kepada 22 orang mangsa banjir di sekolah ini yang bernilai RM2000.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli pakaian seragam yang baharu kerana pakaian seragam yang sediakan ada telah rosak akibat banjir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Hitachi Transport kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Kami di SK Bukit Tampoi (A) mengalu-alukan sumbangan lain yang dapat membantu anak murid kami dari segi prasarana sekolah, pakaian seragam, buku-buku latihan dan sebagainya. Sumbangan ini amat bermakna buat anak-anak murid kami yang kebanyakkannya terdiri dalam kalangan B40. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada PIBG SK Bukit Tampoi (A).  

Tuesday, February 8, 2022

JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SK BUKIT TAMPOI (A) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Jadual pemulangan buku teks SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi persekolahan tahun 2021 adalah seperti jadual di bawah ini : -

Kelas & Tahun

Tarikh & Hari

Darjah 2 dan 3 (Tahun 2021)

7 Februari 2022 (Isnin)

Darjah 4, 5 dan 6 (Tahun 2021)

8 Februari 2022 (Selasa)


Sebarang kerosakan atau kehilangan buku teks perlu diganti oleh ibu bapa dan penjaga agar murid tahun hadapan dapat menggunakannya semula.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 26, 2022

PEMANTAUAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT CAWANGAN KLIA

 


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Cawangan KLIA telah datang ke SK Bukit Tampoi (A). Mereka diketuai oleh En. Mohd Ismadi bin Abd Rahman yang telah meninjau keselamatan kawasan sekolah. Tugas mereka adalah untuk memastikan keselamatan sekolah ini berada pada tahap yang terbaik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan KLIA kerana sudi datang ke sekolah ini. Segala cadangan dan penambahbaikan yang diberikan akan kami usahakan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan keselamatan anak murid kami terjamin.

Kami juga turut berharap agar PIBG dan ibu bapa atau penjaga dapat membantu pihak sekolah memastikan keselamatan anak masing-masing sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard pada setiap masa. Anak-anak murid juga dinasihatkan agar peka dengan keadaan persekitaran semasa supaya sebarang kemalangan dapat dicegah seawal mungkin.