Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, February 23, 2022

SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN YAYASAN MAHA KARUNA 2022


Pihak sekolah telah menerima sebanyak 50 set peralatan persekolahan daripada Yayasan Maha Karuna pada 21 Februari 2022 (Isnin). Sumbangan ini diberikan sebagai persediaan persekolahan sesi 2022 kepada 50 orang murid terpilih.

Selain daripada itu, pihak yayasan juga turut memberi sumbangan penapis air kepada sekolah untuk kegunaan warga sekolah. Sumbangan ini sungguh bermakna kepada sekolah dan murid-murid bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Maha Karuna kerana sudi memberi sumbangan kepada SK Bukit Tampoi (A) terutamanya kepada murid-murid di sekolah ini. Murid-murid amat teruja untuk menerima sumbangan ini dan tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan baharu. 

No comments:

Post a Comment