Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, February 23, 2022

BAUCAR BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Pada awal tahun ini, seramai 18 orang murid sekolah ini telah terlibat dengan banjir. Berikutan daripada itu, banyak barang dan peralatan persekolahan murid telah rosak dan dihanyutkan oleh banjir. Justeru itu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid ini. 

Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang Baucar Bantuan Pakaian Sekolah Kerajaan Negeri Selangor kepada semua murid yang terlibat dengan banjir. Baucar yang bernilai RM100 ini hanya boleh ditebus di Dewan Orang Ramai Dengkil pada 5 dan 6 Mac 2022 bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5 petang.

Diharapkan dengan bantuan baucar ini dapat membantu ibu bapa dan penjaga meringankan beban mereka untuk membeli pakaian seragam sekolah sempena pembukaan sekolah sesi 2022 pada bulan Mac ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana sudi menghulurkan bantuan kepada rakyat negeri Selangor yang dalam kesusahan. Terima kasih daun keladi, ada rezeki berilah lagi.

No comments:

Post a Comment