Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, January 18, 2024

PROGRAM SKUAD HIJAU (STEM+5R)

Program Skuad Hijau (STEM+5R) adalah program kerjasama SK Bukit Tampoi (A) dengan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 30 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan 6 dijemput hadir ke UKM untuk mengikuti program tersebut.

Program yang dijalankan pada 17 Januari 2024 (Rabu) telah memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan pendidikan STEM dan program 5R (kitar semula). Pelbagai aktiviti menarik mengikut station yang ditetapkan. Murid diberi   tunjuk ajar tentang kitar semula barangan plastik untuk dijadikan pasu dan menghasilkan barangan kraftangan yang cantik.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Diyana binti Mahmud di atas jemputan dan memilih SK Bukit Tampoi (A) sebagai peserta dalam program ini. Kami berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di sekolah bersama dengan murid-murid di sekolah ini.













Wednesday, January 17, 2024

PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT TAHUN 1 HINGGA 6 SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan mengadakan pengagihan buku teks SPBT seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 23 Januari 2024 (Selasa)

Tempat : Kelas masing-masing

Pengagihan buku teks akan diberikan kepada murid yang telah memulangkan buku teks sesi 2023/2024 sahaja. Buku teks yang diterima perlu ditulis nama dan tahun. Selain daripada itu, buku teks juga perlu dibalut dengan kemas.

Setelah penerimaan, buku teks tersebut akan disimpan di sekolah sehingga sesi persekolahan dibuka untuk mengelakkan buku tersebut hilang. Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga amat diharapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT TAHUN 1 HINGGA 6 SESI 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan mengadakan sesi pemulangan buku teks SPBT seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 22 Januari 2024 (Isnin)

Tempat : Kelas masing-masing

Sila pastikan buku teks yang dipulangkan lengkap dengan jumlah yang mencukupi. Sebarang kehilangan buku teks perlu digantikan dengan buku baharu dari judul dan tahun yang sama. Buku teks tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai buku sebelum hari pemulangan.

Sekian, harap maklum.

PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2024 seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 19 Januari 2024 (Jumaat)

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Kelas anak masing-masing

Para ibu bapa & penjaga juga boleh memberikan sumbangan PIBG dan bayaran buku tulis untuk sesi persekolahan 2024/2025 di kaunter PIBG. Kerjasama daripada ibu bapa & penjaga amat diharapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, January 9, 2024

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023/2024

 

Sukacita dimaklumkan, sekolah akan melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 bermula 8 /1/2024 hingga 12/1/2024

Sehubungan itu, murid dikehendaki hadir  ke sekolah sepanjang petaksiran tersebut dijalankan. 

Kerjasama daripada ibu bapa/penjaga amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih demi kecemerlangan anak-anak SK Bukit Tampoi (A). 

Sekian. Terima kasih. 

Saya yang menjalankan amanah

Mohd Fadzli bin Mansor
Guru Besar
SK Bukit Tampoi (A) 
4.1.2024