Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, December 2, 2022

PEMERIKSAAN GIGI PRASEKOLAH 2022

 

Pemeriksaan gigi murid Prasekolah Tunas Murni, SK Bukit Tampoi (A) telah dijalankan pada 1 Disember 2022 (Khamis). Beberapa orang pegawai kesihatan gigi dari Klinik Kesihatan Salak telah datang memberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang penjagaan gigi kepada murid-murid.

Selain daripada itu, mereka juga turut mengajar murid-murid tentang penjagaan gigi yang betul serta tunjuk ajar cara menggosok gigi dengan betul. Murid-murid turut diberi ubat gigi percuma oleh pegawai yang bertugas.

Dengan lawatan yang berkala dari Klinik Kesihatan Salak, para pegawai kesihatan dapat memantau dan memastikan penjagaan gigi anak-anak dipelihara daripada prasekolah lagi. Ini akan menyebabkan gigi tersebut akan kekal lebih lama sebelum gigi kekal tumbuh menggantikan gigi susu. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang demi kesihatan gigi yang sempurna bagi murid-murid SK Bukit Tampoi (A).

No comments:

Post a Comment