Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, January 9, 2023

SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH 2023

 

Sumbangan uniform sekolah telah dibuat pada 8 Januari 2023 (Ahad) di Pasaraya Ekonomi Shuki, Dengkil. Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan. Mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Turut hadir adalah En. Mohd Fadzli (Guru Besar) dan Pn. Nor Baizura (Guru Kebajikan).

Sumbangan uniform sekolah ini adalah ikhsan daripada En. Samsul bin Mohd Yunus dan isteri. Ini merupakan tahun kedua beliau telah memberikan sumbangan uniform sekolah kepada murid-murid SK Bukit Tampoi (A). Sejurus selepas membeli-belah, murid-murid dan para ibu bapa dijamu makan tengah hari di KFC Dengkil.

Terima kasih kepada En. Samsul dan isteri kerana bermurah hati memberikan sumbangan secara individu kepada murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berkekalan.





No comments:

Post a Comment