Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, August 20, 2023

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-26, 2023

 




13 Ogos 2023, AHAD
Buat julung kalinya, SK Bukit Tampoi (A) telah mengadakan sukan tahunan di luar kawasan sekolah iaitu di Padang PUSPEN, Dengkil. Kejohanan ini telah dirasmikan Yang Di-Pertua PIBG SKBT(A), En. Chairi Ersyad bin Arsyad.  Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah mendapat beberapa tajaan daripada beberapa agensi. Antaranya adalah:
  • PUSPEN membenarkan penggunaan padang bagi kejohanan sukan
  • JAKOA memberikan perkhidmatan bas pergi dan balik dari kampung-kampung ke PUSPEN.
  • Nestle yang menyumbangkan minuman Milo, 
  • McDonald menyumbangkan 150 biji burger, manakala 
  • JKR dan MP Sepang telah menyumbangkan peralatan khemah, kerusi dan meja. 
Ucapan terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang sudi membantu memudahkan perjalanan Kejohanan Sukan kali ini. 

    Rumah sukan SK Bukit Tampoi (A) terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Mereka telah mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingan seperti larian, padang dan sukaneka. Kali ini, sekolah telah menjemput Sekolah Kebangsaan Desa Putra sebagai sekolah jemputan untuk berentap tenaga bagi acara larian 100m. Selain daripada itu, bagi memeriahkan majlis, disediakan juga sukaneka buat ibu bapa mengikut kategori lelaki dan perempuan.

    Keseluruhan kejohanan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan  walaupun keadaan padang yang becak dan berselut disebabkan hujan pada hari sebelumnya. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik dari segi kehadiran dan disiplin sepanjang di PUSPEN. 

    Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, manakala Rumah Merah telah memenangi kategori perbarisan terbaik. Adik Raimi Danish Bin Raeny dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Nur Aina Batrisyia binti Abdul Sani dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun ini. 





Persembahan Gogorama daripada murid-murid SKBT (A)


Perbarisan rumah sukan 







Acara larian 100m bersama sekolah jemputan (SK Desa Putra)

Acara Ibu: Pancing Botol

Acara Bapa : Melastik Sasaran


Juara Keseluruhan = Rumah Biru

Juara Perbarisan = Rumah Merah






No comments:

Post a Comment