Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, September 11, 2016

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL KE-2 TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal ke-2 telah bermula pada 10/9/16 (Sabtu) hingga 18/9/16 (Ahad). Walau bagaimanapun semasa cuti sekolah sedang berlangsung terdapat beberapa cuti umum yang bertembung dengan cuti sekolah iaitu Hari Raya Aidiladha pada 12 (Isnin) dan 13 September 2016 (Selasa) serta Hari Malaysia pada 16 September 2016 (Khamis).

Tarikh
Jenis Cuti
10/9/16
Cuti Sekolah
11/9/16
Cuti Sekolah
12/9/16
Cuti Umum (Hari Raya Aidiladha)
13/9/16
Cuti Umum (Hari Raya Aidiladha)
14/9/16
Cuti Sekolah
15/9/16
Cuti Sekolah
16/9/16
Cuti Umum (Hari Malaysia)
17/9/16
Cuti Sekolah
18/9/16
Cuti Sekolah

Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 19/9/16 (Isnin). Sekian, harap maklum.

Thursday, September 8, 2016

MAJLIS PENUTUPAN MINI ASRAMA 2016

Ucapan Penutupan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A)


Setelah 5 hari 4 malam berkampung di SK Bukit Tampoi (A), maka berakhirlah sudah Program Mini Asrama 2016 yang telah bermula pada hari Ahad yang lepas. Seramai 21 orang murid Tahun 6 yang telah terlibat dalam program tersebut. Ribuan terima kasih kepada para pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan program ini.

Murid Tahun 6 yang mengikuti program


Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas sumbangan kewangan bagi menjayakan program yang sudah tentu memerlukan dana yang besar untuk membiayai peruntukan makanan dan minuman sepanjang program ini. Tanpa sumber kewangan sudah tentu program ini tidak akan berjaya.

Pn. Siti Najlaa mempengerusikan majlis


Selain daripada itu, ribuan terima kasih kepada para penyumbang peribadi mahupun organisasi yang prihatin dengan kebajikan Orang Asli terutamanya dalam bidang pendidikan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang terlibat kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru kami untuk menjaga anak-anak tuan puan yang sanggup berjauhan dengan mereka demi kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.

Amanat daripada Guru Besar


Besarlah harapan kami agar program yang kita jalankan ini dapat menghasilkan murid yang berdikari, tabah, berdisiplin dan berpelajaran. Matlamat program ini untuk mengekalkan kehadiran 100% bagi murid Tahun 6 sepanjang peperiksaan UPSR berjalan telah tercapai dengan jayanya. Program ini wajar diteruskan lagi demi masa depan Orang Asli yang berpendidikan pada masa akan datang.


Wajah-wajah ceria murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan program

HARI TERAKHIR UPSR 2016

HARI TERAKHIR MINI ASRAMA 2016