Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Mini Asrama. Show all posts
Showing posts with label Mini Asrama. Show all posts

Monday, September 24, 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2018




PROGRAM MINI ASRAMA 2018


Program Mini Asrama diadakan setiap tahun menjelang UPSR. Program ini diwujudkan sebagai langkah awal pihak sekolah mengkuarintinkan murid-murid Tahun 6 di sekolah sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung.

Pada tahun ini seramai 24 orang murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program yang bermula pada 23/09/2018 sehingga 27/09/2018 iaitu selama 5 hari. Mereka akan bermalam di sekolah dengan ditemani oleh guru pengiring.

Di samping itu, mereka diberikan kelas tambahan pada waktu senggara iaitu pada waktu petang dan malam. Kelas tambahan yang diberikan oleh guru-guru ini diberikan secara percuma. Selain dari itu, makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah pada setiap hari.

Alhamdulillah, pada tahun ini pihak sekolah mendapat tajaan daripada individu dan rakan-rakannya yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan bagi menanggung kos perbelanjaan sepanjang progran ini berjalan.


Majlis Perasmian Program Mini Asrama


Taklimat Program


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan Perasmian
YB Tuan Senator Manolan bin Mohammad
(Senator Dewan Negara)


 Makan tengah hari




Prep Petang

Thursday, September 8, 2016

MAJLIS PENUTUPAN MINI ASRAMA 2016

Ucapan Penutupan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A)


Setelah 5 hari 4 malam berkampung di SK Bukit Tampoi (A), maka berakhirlah sudah Program Mini Asrama 2016 yang telah bermula pada hari Ahad yang lepas. Seramai 21 orang murid Tahun 6 yang telah terlibat dalam program tersebut. Ribuan terima kasih kepada para pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan program ini.

Murid Tahun 6 yang mengikuti program


Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas sumbangan kewangan bagi menjayakan program yang sudah tentu memerlukan dana yang besar untuk membiayai peruntukan makanan dan minuman sepanjang program ini. Tanpa sumber kewangan sudah tentu program ini tidak akan berjaya.

Pn. Siti Najlaa mempengerusikan majlis


Selain daripada itu, ribuan terima kasih kepada para penyumbang peribadi mahupun organisasi yang prihatin dengan kebajikan Orang Asli terutamanya dalam bidang pendidikan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang terlibat kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru kami untuk menjaga anak-anak tuan puan yang sanggup berjauhan dengan mereka demi kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.

Amanat daripada Guru Besar


Besarlah harapan kami agar program yang kita jalankan ini dapat menghasilkan murid yang berdikari, tabah, berdisiplin dan berpelajaran. Matlamat program ini untuk mengekalkan kehadiran 100% bagi murid Tahun 6 sepanjang peperiksaan UPSR berjalan telah tercapai dengan jayanya. Program ini wajar diteruskan lagi demi masa depan Orang Asli yang berpendidikan pada masa akan datang.


Wajah-wajah ceria murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan program

HARI TERAKHIR MINI ASRAMA 2016