Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, July 30, 2016

MAHB MERAIKAN ANAK ASNAF SK BUKIT TAMPOI (A)


Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah bermurah hati untuk meraikan anak-anak asnaf dari tiga buah sekolah. Sekolah yang terlibat ialah SK Cyberjaya, SK Bukit Tampoi (A) dan SK Sungai Melut (A). Seramai 32 orang murid dari SK Bukit Tampoi (A) telah dijemput, malangnya hanya 22 orang sahaja yang dapat hadir. Terima kasih kepada MAHB kerana sudi menyediakan pengangkutan bas pergi dan balik.


Guru yang mengiringi murid-murid terdiri daripada En. Azman Shah (GPK Pentadbiran), En. Mohd. Fadzli (GPK Kokurikulum), Cik Siti Khatijah, dan dua orang guru praktikum iaitu En. Rafifuddin dan En. Syaiful. Di sana murid-murid di layan mesra oleh kakitangan MAHB. Mereka diberikan makanan dan minuman yang disediakan. Bukan sahaja makanan dan minuman sahaja, malah mereka diberi sumbangan berbentuk duit raya dan sebuah hamper setiap seorang.


Di penghujung majlis kami telah dihiburkan oleh persembahan ikon kanak-kanak iaitu watak Upin & Ipin. Semua anak-anak asnaf gembira dan bangun untuk menyaksikan gelagat watak kartun tersebut. Mereka berpeluang untuk bergambar dengan watak Upin & Ipin semasa VIP MAHB memberikan sumbangan kepada setiap murid. Setelah selesai mereka meninggalkan majlis dengan menaiki bas yang disediakan.

No comments:

Post a Comment