Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, November 19, 2016

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 14 hingga 18 November 2016. Kejohanan tersebut telah diadakan di Bandar Raya Ipoh, Perak. Para atlet telah menetap di Tower Regency Hotel. Venue kejohanan adalah 3 buah tempat iaitu SK Seri Kelebang (Bola Sepak), Unit Sukan JPN Perak (Bola Baling) dan SMK Gunung Rapat (Olahraga dan Sepak Takraw).


SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 2 orang atlet iaitu adik Tee Tyong Ben dan adik Surina bt. Juhin. Adik Tee Tyong Ben telah mewakili Selahor dalam acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi manakala adik Surina telag mewakili Selangor dalam acara Lompat Tinggi. Walau bagaimanapun kedua-dua atlet gagal memperoleh sebarang pingat. Pada tahun ini, kontinjjen Selangor hanya memperoleh 1 emas dan 1 perak (Bola Baling), 1 perak dan 1 gangsa (Olahraga) dan 1 gangsa (Bola Sepak). Tahniah kepada kontinjen Selangor atas pencapaian tersebut.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat, Pengarah Pendidikan Negeri Perak serta pegawai-pegawai lain. Pada malam tersebut telah diumumkan pemenang kejohanan keseluruhan. Johan telah disandang oleh negeri Kelantan, Naib Johan dimenangi oleh negeri Perak manakala tempat ketiga disandang oleh negeri Johor.

No comments:

Post a Comment