Tarikh : 25 - 29 Januari 2021
Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari
Jadual Pengambilan Buku Teks
Tarikh |
Hari |
Kelas |
25 Januari 2021 |
Isnin |
6 Siantan |
26 Januari 2021 |
Selasa |
5 Dahlia |
27 Januari 2021 |
Rabu |
4 Semarak |
28 Januari 2021 |
Khamis |
3 Melati |
29 Januari 2021 |
Jumaat |
2 Mawar |
Pengagihan buku teks bagi Tahun 1 Melur akan dibuat pada bulan Mac selepas tamat Program Transisi Tahun 1.
Prosedur Pengambilan Buku Teks
1. Hanya murid yang telah membuat pemulangan buku teks sesi persekolahan 2020 sahaja yang dibenarkan untuk mengambil buku teks sesi persekolahan 2021.
2. Bagi murid yang belum membuat pemulangan buku teks, pemulangan boleh dibuat pada hari tersebut.
3. Hanya seorang daripada ibu bapa atau penjaga yang dibenarkan masuk ke premis sekolah untuk mengelakkan kesesakan supaya penjarakan sosial dapat diamalkan dengan baik.
4. Memakai pelitup separuh muka.
5. Mengambil suhu di pondok pengawal dan mencuci tangan menggunakan pencuci tangan (hand sanitizer) yang disediakan.
6. Mengimbas kod QR MySejahtera atau menulis nama pada buku pelawat.
7. Membawa pen sendiri untuk mengisi dokumen.
Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan amat kami hargai dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Guru Besar
SK Bukit Tampoi (A)