Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, March 10, 2021

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2021 telah dilaksanakan pada 9 Mac 2021 (Selasa) bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.30 petang. Ia dijalankan di dalam kelas anak masing-masing dengan menggunakan sistem kupon. Kemasukan ibu bapa dihadkan kepada 20 orang sahaja pada satu-satu masa. Ini dilakukan untuk menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bantuan ini merupakan bantuan one-off kepada murid yang pendapatan keluarganya kurang daripada RM3000 sebulan. Setiap murid yang layak akan merima RM100 secara tunai. Ia diberikan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga untuk membeli kelengkapan dan peralatan persekolahan murid.

Perjalanan penyerahan bantuan ini berjalan dengan lancar. Semoga bantuan ini dapat dimanfaat untuk tujuan pembelajaran anak masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah di sepanjang penyerahan ini.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Saya Aziah dari company Bila-Bila (social entrepreneur) ingin menyumbang buku-buku untuk perpustakaan sekolah. Saya cuba hubungi nombor pejabat tetapi tiada respon. Boleh hubungi saya di nombor 01135798060 untuk saya berurusan. Terima kasih.

    ReplyDelete