Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, March 26, 2021

PROGRAM MARI MENGEJA TAHUN 2021


Program Mari Mengeja telah dilancarkan pada 22 Mac 2021 (Isnin) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Prasekolah dan Tahap 1 serta mengukuhkan kemahiran membaca bagi murid-murid Tahap 2.

Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu sebagai salah satu program awal untuk murid bersedia dengan pembelajaran di sekolah. Ini merupakan langkah permulaan yang baik kepada murid-murid sebagai persediaan mereka memulakan sesi persekolahan yang telah lama ditangguhkan.

Aktiviti yang dijalankan sempena program ini adalah Mari Mengeja dan 5 Minit Antidadah. Mari Mengeja dilaksanakan oleh murid-murid Prasekolah, Tahun 1, 2 dan 3 manakala 5 Minit Antidadah pula dilaksanakan oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Semoga dengan program permulaan ini dapat menyegarkan minda murid-murid untuk bersedia dengan pembelajaran yang diajarkan oleh guru-guru di sekolah. Kesediaan murid-murid di sekolah amat penting sebagai pemangkin untuk hadir ke sekolah.

No comments:

Post a Comment