Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, July 5, 2023

LATIHAN KEBAKARAN 2023

 

Latihan kebakaran SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 5 Julai 2023 (Rabu) yang dianjurkan oleh Unit 3K di bawah Hal Ehwal Murid. Latihan kebakaran ini diadakan pada setiap tahun secara berkala untuk memberi pendedahan awal kepada semua warga sekolah.

Walau bagaimanapun, latihan kebakaran ini terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas kerana hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, latihan ini berjaya diadakan pada tahun ini dengan lancar dan murid-murid berasa teruja kerana dapat mengikuti latihan yang memberi manfaat kepada mereka.

Semoga dengan adanya latihan berkala ini dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah akan kepentingan menyelamatkan diri ketika kebakaran. Warga sekolah juga perlu cakna akan punca dan tanda-tanda kebakaran yang berlaku dan memaklumkan kepada guru secepat yang mungkin. Terima kasih kepada Unit 3K dan Hal Ehwal Murid kerana menganjurkan aktiviti seperti ini.

No comments:

Post a Comment