Pada 26 September 2024 (Khamis), sekolah telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Akhir Sincerely Setia Youth Synergy yang telah berlangsung di Lakepoint Club, Setia Alam Impian, Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh S P Setia Foundation dan dirasmikan oleh Pengerusi S P Setia Foundation, YM Dato' Tengku Marina Tuanku Annuar. Objektif program ini adalah untuk memupuk perpaduan dan meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia.
Penyertaan adalah daripada sekolah angkat S P Setia yang terdiri daripada:
- 4 buah sekolah dari Selangor,
- 2 buah sekolah dari Johor dan
- 2 buah sekolah dari Pulau Pinang
Sehari sebelum pertandingan, murid telah dibawa ke tempat pertandingan bagi menjalani rehearsal menggunakan pakaian/costume sebenar. Di hari pertandingan, penonton disajikan dengan pelbagai persembahan yang kreatif dan mengagumkan. Begitu juga murid-murid daripada SK Bukit Tampoi(A) berjaya membawa watak-watak yang diberi dengan berkesan di bawah tajuk persembahan 'Heritage Harmonies'. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid atas keberanian yang ditunjukkan.
Alhamdulillah, persembahan daripada SKBT(A) bersama UITM Shah Alam telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dan membawa pulang RM 5000. Satu momen terindah telah terlakar dalam ingatan mereka.
Alhamdulillah, persembahan daripada SKBT(A) bersama UITM Shah Alam telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dan membawa pulang RM 5000. Satu momen terindah telah terlakar dalam ingatan mereka.
Latihan diadakan di sekolah di bawah tunjuk ajar pelajar dari UITM Shah Alam
Rehearsal yang dijalankan sehari sebelum hari pertandingan
Murid-murid lelaki dan perempuan yang menyertai pertandingan lengkap dengan costume berdasarkan watak yang dibawa
Persembahan dari SK Bukit Tampoi(A) dan UITM Shah Alam berjaya mendapat tempat Naib Johan
Pelajar UITM yang bertungkus lumus melatih murid-murid bagi pertandingan ini