Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Ladap. Show all posts
Showing posts with label Ladap. Show all posts

Wednesday, April 12, 2023

PLC : PENGURUSAN BILIK DARJAH 2023

 

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berkaitan Pengurusan Bilik Darjah telah diadakan ada 12 April 2023 (Rabu). PLC ini diadakan berikutan daripada hasil Jelajah Pembelajaran (Learning Walk) yang telah dilakukan pada 6 April 2023 (Khamis) ke semua bilik darjah.

Hasil dapatan daripada jelajah pembelajaran tersebut, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Di antara kelemahan tersebut adalah penyusunan kerusi meja murid yang tidak mengikut PAK21, papan kenyataan yang tidak dikemaskini dan keceriaan kelas yang kurang menarik.

Justeru itu, melalui PLC guru-guru akan dimaklumkan akan kelemahan tersebut supaya diatasi dengan segera. PLC seperti ini amat penting untuk memastikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang kondusif dan berinformatif kepada murid-murid. Semoga perubahan dapat dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran murid dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Monday, July 4, 2022

LATIHAN PERSONEL : PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SK JALAN 4 BANGI


Latihan Personel merupakan satu program latihan bagi kakitangan awam untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan awam itu sendiri. Setiap penjawat awam dimestikan mengikuti latihan personel sekurang-kurangnya lima hari dalam setahun.

Justeru itu, pihak pengurusan SK Bukit Tampoi (A) telah menganjurkan latihan personel yang bertanjuk "Perkongsian Amalan Terbaik SK Jalan 4 Bangi" yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Ainon binti Mohamed Salehudin. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang sungguh hebat dan berkaliber. Latihan tersebut telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Komputer SK Bukit Tampoi (A).

Pengkongsian ilmu bersama beliau banyak memberi impak kepada semua kakitangan SKBTA. Melalui amalan terbaik yang telah dilaksanakan sekolah beliau telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai peringkat. Ia menjadi satu inspirasi kepada kami untuk menjadikan SK Bukit Tampoi (A) sehebat dan segah SK Jalan 4 Bangi.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat Pn. Hjh. Ainon di atas perkongsian ilmu dengan warga SK Bukit Tampoi (A). Kami memohon dihalalkan ilmu yang diberi, agar dapat kami manfaatkan untuk kesejahteraan sekolah kami pula. Inyaallah, jika ada masa dan kelapangan kami akan susuli dengan lawatan penandaarasan ke SK Jalan 4 Bangi untuk melihat dengan mempelajari selok-belok kejayaan sekolah tersebut. Semoga hasrat kami ini dapat ditunaikan.

#jomsting

Wednesday, July 20, 2016

LADAP PELAN STRATEGIK


Ladap Pelan Strategik bagi tahun 2014-2016 telah dilaksanakan semasa Perkongsian Minda pada 18/7/2016 (Isnin). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noor Adida Tun Salwa bt. Omar (GPK Hal Ehwal Murid). Taklimat ini diadakan adalah untuk memperbaiki pelan strategik yang sedia ada setelah diberi teguran oleh Pegawai Pemantau daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor.