Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, January 10, 2018

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)



Sesi persekolahan tahun 2018 telah bermula. SK Bukit Tampoi (A) telah mula menerima banyak bantuan daripada  Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Yayasan Selangor. Kelengkapan sekolah yang disumbangkan terdiri daripada pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis.

Seramai 153 orang murid yang terdiri daripada murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 5 telah menerima bantuan tersebut. Penerima bantuan adalah dalam kalangan murid miskin serta berpendapatan rendah dan sederhana. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang kerana telah memilih sekolah kami untuk menyalurkan bantuan berupa kelengkapan persekolahan kepada anak murid di sini. bantuan ini dapat meringankan beban terutama bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Sekolah kami amat memerlukan bantuan dari segi kemudahan prasarana sekolah, peralatan pengajaran dan pembelajaran dan dana kewangan bagi memberi peluang kepada warga sekolah menikmati peluang belajar yang sempurna seperti murid di sekolah lain.







Friday, December 29, 2017

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2018

Tahun 2018 hampir menjelang tiba tidak berapa hari lagi. Ini menandakan cuti persekolahan yang panjang hampir sampai di penghujungnya. Maka bermulalah sesi persekolahan baharu sesi 2018. Sesi persekolahan 2018 akan bermula seperti berikut : -

Tarikh : 2 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 7.40 pagi - 1.30 petang
Tempat : SK Bukit Tampoi (A)

Sehubungan dengan pembukaan sekolah pada tahun 2018, murid-murid diharapkan dapat hadir awal ke sekolah dengan memakai pakaian seragam yang lengkap. Pihak sekolah akan mengadakan satu sesi taklimat kepada murid-murid di tapak perhimpunan sekolah.

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2018


Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini 29 Disember 2017 (Jumaat) di kelas Tahun 1 Melati. Seramai 28 orang murid Tahun 1 yang telah mendaftar di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2018.

Pendaftaran ibu bapa mula dibuka pada pukul 8.00 pagi. Pada pukul 8.30 pagi diadakan taklimat ringkas kepada semua ibu bapa yang hadir. Taklimat disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.

Selepas taklimat, ibu bapa diminta untuk mengisi maklumat borang maklumat APDM, Buku Kesihatan, Kad Gigi, KWAPM dan RMT. Semua maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semua maklumat yang dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah apabila diperlukan kelak. Selamat datang kepada semua murid Tahun 1 yang telah berjaya melaporakan diri di SK Bukit Tampoi (A).


Juruacara


Bacaan Doa


Ucapan Guru Besar



Ucapan Penolong Kanan



Pendaftaran Ibu Bapa


Persiapan Guru


Kehadiran Ibu Bapa


Mengisi Borang



Thursday, December 28, 2017

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) akan mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2018 seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 29 Disember 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas 1 Melur
Pakaian : Seragam Sekolah

Oleh yang demikian, tuan/puan diminta hadir ke sekolah pada masa dan tempat yang dinyatakan di atas dengan membawa bersama salinan sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, slip gaji dan buku imunisasi anak masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi En. Mohd. Fadzli Bin Mansor, GPK Hal Ehwal Murid, SK Bukit Tampoi (A) melalui talian 017-8880954. Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"