Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, September 7, 2018

PERUBAHAN JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Adalah dimaklumkan bahawa jadual waktu persekolahan akan berubah berdasarkan ketetapan seperti berikut : -

Hari
Waktu Persekolahan
Waktu Masuk
Waktu Balik
Isnin
7.40 pagi
1.00 petang
Selasa
7.40 pagi
1.00 petang
Rabu
7.40 pagi
1.00 petang
Khamis
7.40 pagi
1.00 petang
Jumaat
7.40 pagi
12.00 t/hari

Jadual waktu persekolahan ini akan berkuatkuasa mulai 10.9.2018 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta memberi perhatian kepada perubahan waktu balik dari sekolah untuk mengambil anak masing-masing. Sekian, harap maklum.

CUTI DYMM YDP AGONG & CUTI AWAL MUHARAM 1440 HIJRAH

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 2 hari. Maklumat cuti tersebut adalah seperti jadual di bawah ini.

Tarikh
Perayaan
Jenis Cuti
10/09/2018
(Isnin)
Hari Keputeraan
DYMM YDP Agong
Cuti
Ganti
11/09/2018
(Selasa)
Awal Muharam
1440 Hijrah
Cuti
Umum

Diharapkan agar tuan/puan ambil maklum tentang perkara di atas. Sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada 12 September 2018 (Rabu). Sekian, harap maklum.

KUIZ MERDEKA 2018


Thursday, September 6, 2018

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KEMERDEKAAN 2018


Pertandingan Nyanyian Lagu Kemerdekaan telah diadakan pada 6 September 2018 (Khamis). Pertandingan telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Seramai 5 kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Nyanyian mereka turut disaksikan oleh semua murid sekolah.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cinta akan tanahair Malaysia di samping mencungkil bakal nyanyian murid. Mereka dilatih oleh guru kelas masing-masing dengan bersungguh-sungguh. 

Keputusan pertandingan akan diberitahu semasa majlis penutupan Bulan Kemerdekaan 2018. Tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian di dalam persembahan nyanyian tersebut. Dengan semangat patriotik yang ada di dalam diri mereka sanggup menonjolkan diri mereka demi rasa cinta dan sayang akan negara Malaysia.



PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN SIRI 2 TAHUN 2018


Program Latihan Kebakaran Siri 2 Tahun 2018 telah diadakan pada 5 September 2018 (Rabu). Program ini telah melibatkan semua warga sekolah serta 9 orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Cyberjaya.

Mereka telah dijemput datang ke sekolah untuk membantu pihak sekolah memantau pelaksanaan dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah kebakaran di sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi setiap sekolah.

Warga sekolah telah diberikan taklimat keselamatan oleh pegawai bomba yang bertugas. Seterusnya mereka telah menunjukkan cara-cara memadamkan api dengan teknik yang betul. Di akhir program murid-murid dibenarkan untuk menaiki trak bomba untuk merasai dan menimba pengalaman baharu.