Monday, January 9, 2023
SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH 2023
Sumbangan uniform sekolah telah dibuat pada 8 Januari 2023 (Ahad) di Pasaraya Ekonomi Shuki, Dengkil. Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan. Mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Turut hadir adalah En. Mohd Fadzli (Guru Besar) dan Pn. Nor Baizura (Guru Kebajikan).
Sumbangan uniform sekolah ini adalah ikhsan daripada En. Samsul bin Mohd Yunus dan isteri. Ini merupakan tahun kedua beliau telah memberikan sumbangan uniform sekolah kepada murid-murid SK Bukit Tampoi (A). Sejurus selepas membeli-belah, murid-murid dan para ibu bapa dijamu makan tengah hari di KFC Dengkil.
Terima kasih kepada En. Samsul dan isteri kerana bermurah hati memberikan sumbangan secara individu kepada murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berkekalan.
PEMANTAUAN PRASEKOLAH 2023
Pemantauan Prasekolah sekolah telah dijalankan pada 6 Januari 2023 (Jumaat). Pemantauan ini adalah lanjutan daripada audit yang dilakukan pada tahun lepas oleh Jemaah Nazir Sekolah. Pemantauan pada kali ini bertujuan untuk melihat penambahbaikan yang telah dilakukan daripada hasil dapat audit.
2 orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan 1 orang daripada PPD Sepang. Mereka telah memantau persekitaran prasekolah dan enrolmen bagi tahun 2023 serta aktiviti yang sekolah jalankan untuk menarik kehadiran murid-murid ke sekolah.
Hasil dapatan daripada pegawai pemantauan adalah Prasekolah Tunas Murni di SK Bukit Tampoi (A) telah mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan dalam menguruskan prasekolah. Pihak sekolah mengucapkan syabas dah tahniah kepada unit prasekolah kerana berjaya mematuhi semua garis panduan tersebut.
Friday, January 6, 2023
Monday, January 2, 2023
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpeg)
.jpeg)






.jpeg)




