Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, September 18, 2023

BULAN KEBANGSAAN 2023

Bulan Kebangsaan telah berakhir pada 16 September 2023 (Sabtu). Walau bagaimanapun, penutup bagi sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 15 September 2023 (Jumaat). Murid-murid hadir dengan memakai pakaian tradisional yang penuh warna-warni.

Pada hari tersebut, diadakan pertandingan nyanyian lagu patriotik secara berkumpulan mengikut kelas masing-masing. Turut diadakan adalah pertandingan pakaian tradisional yang terbuka kepada semua murid-murid. Mereka telah memperagakan pakaian dengan gaya mereka sendiri.

Sejurus selepas itu, diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini diadakan. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam pertandingan masing-masing. Semoga murid-murid dapat menghayati kebebasan daripada penjajahan dan dapat menghargainya sepanjang hayat dan genarasi akan datang.

Pertandingan Pakaian Tradisional

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik






Penyampaian Hadiah




Pemenang Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Tuesday, September 12, 2023

PELANCARAN BULAN SAINS & MATEMATIK 2023

 

Bulan Sains dan Matematik telah dilancarkan dengan rasminya pada 11 September 2023 (Isnin). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) SK Bukit Tampoi (A). Bulan Sains dan Matematik ini langsung pada sepanjang bulan September ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama panitia Sains dan Matematik menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik penyertaan murid-murid pada semua peringkat. Panitia juga turut menyediakan hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan yang diadakan pada sepanjang bulan ini.

Tahniah kepada panitia Sains dan Matematik kerana berjaya melaksanakan program panitia ini. Semoga aktiviti yang disediakan dapat disertai oleh majoriti murid di samping dapat menarik kehadiran murid ke sekolah. 


Saturday, September 9, 2023

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023


Program Gotong-royong Madani telah berjaya diadakan pada 9 September 2023 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A). Program ini bermula dari pukul 8.00 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Muhammad Yazie kepada semua peserta yang hadir. Para peserta terdiri daripada kalangan guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa.

Fokus gotong-royong pada tahun ini adalah untuk membersihkan dan menceriakan semula kawasan sekolah. Di antara aktiviti yang dijalankan seperti mengecat tembok sekolah, mengemas dan mengecat Bilik RBT dan mengemas koridor belakang blok pentadbiran.

Pihak sekolah juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PIBG SK Bukit Tampoi (A) dan Majlis Daerah Sepang yang telah menyumbangkan sebuah tong roro untuk mengumpulkan dan membuang sampah ke tapak pelupusan sampah. Kerjasama yang diberikan sangat membantu melancarkan lagi aktiviti pada kali ini. 

Untuk itu, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan MP Sepang kerana bertungkus-lumus menjayakan program ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang sudi mendermakan tanah, anak pokok dan pasu bunga kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan tuan-tuan akan menceriakan lagi sekolah kita.

Pendaftaran

Sarapan Pagi

Sesi Taklimat


Mengecat Tembok Sekolah

Mengemas dan Mengecat Bilik RBT

Mengemas Koridor Belakang Blok Pentadbiran

Selepas selesai kerja

Sunday, August 20, 2023

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-26, 2023

 




13 Ogos 2023, AHAD
Buat julung kalinya, SK Bukit Tampoi (A) telah mengadakan sukan tahunan di luar kawasan sekolah iaitu di Padang PUSPEN, Dengkil. Kejohanan ini telah dirasmikan Yang Di-Pertua PIBG SKBT(A), En. Chairi Ersyad bin Arsyad.  Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah mendapat beberapa tajaan daripada beberapa agensi. Antaranya adalah:
  • PUSPEN membenarkan penggunaan padang bagi kejohanan sukan
  • JAKOA memberikan perkhidmatan bas pergi dan balik dari kampung-kampung ke PUSPEN.
  • Nestle yang menyumbangkan minuman Milo, 
  • McDonald menyumbangkan 150 biji burger, manakala 
  • JKR dan MP Sepang telah menyumbangkan peralatan khemah, kerusi dan meja. 
Ucapan terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang sudi membantu memudahkan perjalanan Kejohanan Sukan kali ini. 

    Rumah sukan SK Bukit Tampoi (A) terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Mereka telah mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingan seperti larian, padang dan sukaneka. Kali ini, sekolah telah menjemput Sekolah Kebangsaan Desa Putra sebagai sekolah jemputan untuk berentap tenaga bagi acara larian 100m. Selain daripada itu, bagi memeriahkan majlis, disediakan juga sukaneka buat ibu bapa mengikut kategori lelaki dan perempuan.

    Keseluruhan kejohanan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan  walaupun keadaan padang yang becak dan berselut disebabkan hujan pada hari sebelumnya. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik dari segi kehadiran dan disiplin sepanjang di PUSPEN. 

    Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, manakala Rumah Merah telah memenangi kategori perbarisan terbaik. Adik Raimi Danish Bin Raeny dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Nur Aina Batrisyia binti Abdul Sani dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun ini. 





Persembahan Gogorama daripada murid-murid SKBT (A)


Perbarisan rumah sukan 







Acara larian 100m bersama sekolah jemputan (SK Desa Putra)

Acara Ibu: Pancing Botol

Acara Bapa : Melastik Sasaran


Juara Keseluruhan = Rumah Biru

Juara Perbarisan = Rumah Merah