Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, September 9, 2023

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023


Program Gotong-royong Madani telah berjaya diadakan pada 9 September 2023 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A). Program ini bermula dari pukul 8.00 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Muhammad Yazie kepada semua peserta yang hadir. Para peserta terdiri daripada kalangan guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa.

Fokus gotong-royong pada tahun ini adalah untuk membersihkan dan menceriakan semula kawasan sekolah. Di antara aktiviti yang dijalankan seperti mengecat tembok sekolah, mengemas dan mengecat Bilik RBT dan mengemas koridor belakang blok pentadbiran.

Pihak sekolah juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PIBG SK Bukit Tampoi (A) dan Majlis Daerah Sepang yang telah menyumbangkan sebuah tong roro untuk mengumpulkan dan membuang sampah ke tapak pelupusan sampah. Kerjasama yang diberikan sangat membantu melancarkan lagi aktiviti pada kali ini. 

Untuk itu, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan MP Sepang kerana bertungkus-lumus menjayakan program ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang sudi mendermakan tanah, anak pokok dan pasu bunga kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan tuan-tuan akan menceriakan lagi sekolah kita.

Pendaftaran

Sarapan Pagi

Sesi Taklimat


Mengecat Tembok Sekolah

Mengemas dan Mengecat Bilik RBT

Mengemas Koridor Belakang Blok Pentadbiran

Selepas selesai kerja

No comments:

Post a Comment