Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, September 22, 2023

PROGRAM SAFETY DAY BERSAMA LINDE & MYKASIH FOUNDATION 2023

 

Program Safety Day bersama Linde dan MyKasih Foundation telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 22 September 2023 (Jumaat). Program yang dianjurkan oleh Linde dan MyKasih Foundation ini adalah sebahagian daripada program CSR mereka kepada komuniti.

Murid-murid diberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan di dalam dan di luar sekolah. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bergerak ke 4 stesen yang berbeza. Stesen A adalah "Blind Spot Monitoring", Stesen B "Helium Gas", Stesen C "Liquid Hidrogen" dan Stesen D "Slip, Trip and Fall".

Selain daripada itu, Linde dan MyKasih turut menyumbang kad debit untuk kegunaan murid-murid membeli makanan semasa waktu rehat. Kad ini hanya boleh digunakan di kantin sekolah sahaja untuk membeli makanan dan minuman. Murid-murid turut disediakan dengan "goodie bags" dan belon helium untuk dibawa pulang. Pada majlis penutupan, murid-murid telah terpilih dalam pertandingan mewarna dan melukis poster bertemakan "Slip, Trip and Fall" telah diberikan hadiah kemenangan oleh pegawai-pegawai daripada Linde.

Terima kasih kepada Linde dan MyKasih Foundation kerana telah memilih sekolah kami sebagai sekolah penerima sumbangan tersebut. Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada tuan/puan semua kerana telah memberi tunjuk ajar tentang keselematan yang sangat penting buat kami semua. Murid-murid sangat teruja dan tertarik dengan demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka.















No comments:

Post a Comment