Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, June 27, 2016

PEMANTAUAN KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR 2016


Pemantauan Kurikulum telah dilakukan pada 27 Jun 2016 (Isnin) di SK Bukit Tampoi (Asli) oleh pegawai-pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor. Turut hadir ialah seorang pegawai daripada PPD Sepang iaitu En. Mohd. Faizal bin Husin. Mereka hadir adalah rentetan daripada dapatan Jemaah Nazir pada tahun 2015. 

Pemantauan dijalankan dengan meneliti fail-fail panitia sekolah. Selain daripada itu, beberapa orang pegawai turut membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru di kelas masing-masing. Turut dipantau adalah bilik-bilik khas seperti Makmal Sains dan Bengkel RBT.

Selesai pemantauan, semua pegawai JPS dan PPD, para pentadbir dan semua ketua panitia mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hasil dapatan serta rumusan pemantauan yang telah dilakukan. Segala hasil dapatan telah diserahkan kepada Guru Besar SK Bukit Tampoi (Asli) sebagai bukti pemantauan telah dijalankan.

No comments:

Post a Comment