Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, September 27, 2016

HYGIENE CARE HEY DAY PART II 2016


Pentadbir, Pegawai UEM Edgenta dan Pegawai Imaret bergambar kenangan


Hygiene Care Hey Day adalah program yang dianjurkan oleh UEM Edgenta dengan kerjasama Imaret dan Unit Kesihatan, Hal Ehwal Murid SK Bukit Tampoi (A). Ini merupakan kali kedua mereka mengadakan program seperti ini. Kali pertama diadakan bagi murid Tahap 1, manakala pada kali ini program diadakan bagi murid Tahap 2. 


Murid Tahap 2

Mereka yang terlibat dalam program ini terdiri daripada para pentadbir sekolah, 3 orang pegawai daripada UEM Edgenta, 10 orang doktor pergigian daripada Imaret, guru-guru dan murid-murid Tahap 2. En. Mohd. Rahman bin Rabingan selaku Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A) telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Hygiene Care Hey Day Part II ini. 


Ucapan Pegawai UEM Egdenta


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

Para sukarelawan daripada Imaret yang terdiri daripada doktor pergigian dan doktor-doktor pelatih pergigian telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah berkaitan penjagaan gigi yang betul agar sentiasa sihat. Di samping itu, mereka turut menyelitkan soalan-soalan kuiz untuk menguji kefahaman murid yang mendengar. Bagi mereka yang menjawab dengan betul akan diberikan hadiah. Selain daripada itu, mereka turut memberi tunjuk ajar cara menggosok gigi dengan betul.


Tunjuk ajar menggosok gigi


Setelah selesai aktiviti yang dikendalikan oleh pasukan Imaret, program dikendalikan pula oleh pasukan daripada UEM Edgenta. Mereka telah melaksanakan aktiviti permainan seperti jigsaw puzzle dan pertandingan mewarna. Kelihatan semua murid gembira dapat mengikuti aktiviti seperti itu. Ini dapat dilihat betapa tekunnya mereka menyusun gambar-gambar dengan cara yang betul. Bagi murid yang mewarna pula mereka cukup teliti dan cermat semasa mewarna gambar agar kelihatan cantik dan kemas.


Aktiviti Jigsaw Puzzle


Aktiviti Pertandingan Mewarna

Di akhir program murid-murid diagihkan dengan sekotak minuman dan sebungkus roti sebagai mengalas perut. Turut diberikan ialah peralatan memberus gigi semasa demonstrasi menggosok gigi sebelum itu. Terima kasih kepada UEM Edgenta, Imaret, para pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang terlibat bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan terutamanya murid-murid SK Bukit Tampoi (A) ini. Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah kami. Semoga program yang berguna sebegini dapat diteruskan pada tahun hadapan.


Terima kasih kepada 
PINTAR Foundation, UEM Edgenta, Fakulti Pergigian UKM, sukarelawan IMARET/IMAM dari Persatuan Perubatan Malaysia, guru-guru dan murid-murid Tahap 2
SK Bukit Tampoi (A)

No comments:

Post a Comment