Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, September 29, 2016

PERJUMPAAN WAKIL UNIVERSITI HERIOT WATT DENGAN BATIN KOA KOLAM AIR BANGKUNG


Seramai 7 orang wakil pelajar dari Universiti Heriot Watt, Putrajaya telah datang ke SK Bukit Tampoi (A) bagi meminta bantuan mengiringi mereka untuk berjumpa dengan Ketua Kampung Orang Asli di sekitar Dengkil. Pn. Noor Adida Tun Salwa (GPK HEM) dan En. Mohd. Firdaus Ayak (Guru Bimbingan) telah sudi untuk mengiringi mereka berjumpa dengan salah seorang Ketua Kampung Orang Asli di sini.  


Cikgu Noor Adida memperkenalkan Batin KOA Kolam Air Bangkung kepada penuntut Universiti Heriot Watt


Mereka telah pergi ke Kampung Orang Asli (KOA) Kolam Air Bangkung dan berjumpa dengan ketua kampung tersebut. Ketua kampung tersebut dikenali sebagai Batin Ongin@Othman bin Abdullah.


Para penuntut bersama Batin KOA Air Bangkung


Wakil penuntut berbincang dengan Batin

Tujuan perjumpaan mereka ialah untuk berbincang tentang khidmat masyarakat yang ingin diberikan oleh pihak Universiti Heriot Watt. Pihak universiti berbesar hati untuk menyumbangkan sejumlah buku kepada penduduk Orang Asli di sini. Buku-buku tersebut akan ditempatkan di Balai Raya KOA Kolam Air Bangkung. Mereka turut meminta kebenaran Tok Batin untuk mewujudkan sebuah Perpustakaan Mini di dalam balai raya tersebut.


Balai Raya KOA Air Bangkung

Dengan adanya Perpustakaan Mini ini, dapatlah penduduk kampung menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan di samping meningkatkan mutu pembacaan mereka. Selain itu, mereka dapat menyumbang kepada penurunan peratus buta huruf dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Universiti Heriot Watt kerana sudi membantu penduduk Orang Asli di sini meningkatkan mutu kehidupan mereka.


Para penuntut Universiti Heriot Watt mengisi Buku Pelawat

No comments:

Post a Comment