Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, February 28, 2018

PEMBANGUNAN NILAI DAN SAHSIAH : BASELINE KAJIAN PENILAIAN IMPAK PROGRAM INTERVENSI SALAH LAKU DISIPLIN DI SEKOLAH


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah menjalankan Kajian Penilaian Impak Program Intervensi Salah Laku Disiplin di Sekolah di bawah Inisiatif 110 : Pembangunan Nilai dan Sahsiah bertujuan untuk mengenal pasti impak program intervensi salah laku disiplin yang dilaksanakan di sekolah.


SK Bukit Tampoi (A) telah dikenalpasti untuk membantu dalam pelaksanaan kajian baseline di sekolah-sekolah terpilih pada 28 Februari 2018 (Rabu) oleh para panel. Para panel yang hadir adalah Dr. Ura Pin, Dr. Nor Suhana binti Fadzil dan M. Ikhwan bin Saad dari BPPDP, KPM serta Mohamad Ilmee bin Mohamad Zin (Bahagian Pendidikan Khas) dan Mohd. Zamri bin Md. Noor (Bahagian Pendidikan Islam). 


Turut hadir ialah En. Zuhaimi bin Md. Nasir (PPD Sepang). Mereka telah diberi taklimat oleh En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK 1) dan En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK HEM). Kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas pihak sekolah tentang pelaksanaan Sistem Sahsiah dan Disiplin Murid (SSDM) yang sedang dilaksanakan oleh semua sekolah terhadap pembangunan modal insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang murni.

No comments:

Post a Comment