Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, February 13, 2018

PROGRAM MENGECAT PAGAR SEKOLAH


Program Mengecat Pagar Sekolah  telah dijalankan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah terutamanya pagar sekolah. Program ini adalah kerjasama di antara pentadbir sekolah, PIBG, Syarikat Satria Perkara dan Layang Lagenda Enterprise. Seramai 4 orang pentadbir, YDP PIBG, 2 orang daripada syarikat keselamatan dan 6 orang daripada syarikat pembersihan telah melibatkan diri di dalam program ini.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara sumbangan tenaga, wang atau cat bagi menjayakan program ini berjalan dengan lancar. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Hasil kerjasama semua pihak telah menceriakan semula SK Bukit Tampoi (A).

No comments:

Post a Comment