Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 19, 2018

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2018

Majlis Perhimpunan Hari Guru 2018


Tarikh 16 Mei 2108 adalah tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia kerana pada hari tersebut semua guru diraikan mahupun meraikan diri sendiri. Itulah asam garam sebagai seorang pendidik. Mereka bukan mahukan sanjungan atau penghargaan tetapi ingatan tulus ikhlas dari anak didik mereka atau ibu bapa.

Warga guru SK Bukit Tampoi (A) telah menyambutnya pada hari yang sama walaupun ada sekolah yang menyambutnya lebih awal. Ini adalah kerana pada keesokkannya merupakan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia.

Pada tahun ini, PIBG telah mengorak langkah dengan turut sama meraikan Hari Guru bersama-sama ibu bapa yang sudi hadir. Kami pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan sekalian dan kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang memberikan sokongan kepada semua warga pendidik SK Bukit Tampoi (A).

Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang diadakan di tapak perhimpunan. Pada majlis kali ini turut disertai oleh YDP dan NYDP PIBG. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu, diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, Guru Besar telah menyampaikan ucapan dituruti oleh ucapan YDP PIBG dan diakhiri dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah KPM yang dibacakan oleh GPK Pentadbiran. Penutup bagi majlis perhimpunan adalah acara memotong kek yang disumbangkan oleh PIBG SK Bukit Tampoi (A).

Sejurus selepas itu, guru-guru diraikan dengan persembahan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru-guru turut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat nyanyian masing-masing. Oleh itu, beberapa orang guru telah berbesar hati untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Kemudian, guru-guru menyertai permainan sebagai hiburan. Di akhir program, majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Guru Besar kepada para pemenang. Turut memberikan hadiah adalah murid-murid yang dikasihani kepada guru-guru yang pernah berjasa kepada mereka.



PIBG turut memberi sokongan


Ibu Bapa yang turut hadir



 Ikrar Guru


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Perutusan Ketua Pengarah KPM


Upacara Memotong Kek


Kek Sumbangan PIBG




Upacara Bersalaman





Aktiviti Musang Berjanggut


Aktiviti Mencucuk Benang


Aktiviti Peragaan 


Persembahan Guru


Hadiah Kumpulan





Bergambar Kenangan

No comments:

Post a Comment