Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, September 15, 2022

PENATARAN PBD KEPADA IBU BAPA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 

Penataran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibu bapa dan penjaga warga SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 15 September 2022 (Khamis) di Bilik Sains, SK Bukit Tampoi (A). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran) dan turut disaksikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar).

Pada taklimat tersebut, ibu bapa dan penjaga diterangkan tentang definisi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkandung dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh kerana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan pada tahun 2019, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkasakan pelaksanaan PBS di sekolah. PBS merangkumi dua komponen utama iaitu komponen akademik dan komponen bukan akademik. Komponen akademik pula terdiri daripada Ujian Berpusat dan PBD manakala komponen bukan akademik merangkumi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Psikometrik.

Selain daripada itu, ibu bapa dan penjaga diberi penjelasan tentang pemberian Tahap Penguasaan (TP) yang terdiri daripada TP1, TP2, TP3, TP4, TP5 dan TP6 bagi semua mata pelajaran. Ini merupakan perkara yang diminta oleh ibu bapa untuk diberikan penjelasan yang lebih lanjut. Dengan pelaksanaan penataran PBD ini dapat memberikan pencerahan kepada para ibu bapa dan penjaga tentang PBD.

No comments:

Post a Comment