Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, September 15, 2022

PENYERAHAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PERTENGAHAN TAHUN 2022/2023

Penyerahan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibu bapa dan penjaga warga SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 15 September 2022 (Khamis) di kelas masing-masing. Terlebih dahulu ibu bapa dan penjaga telah dimaklumkan tentang penyerahan tersebut melalui surat makluman.

Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk mendapatkan keputusan PBD anak masing-masing. Terdahulu, ibu bapa dan penjaga telah diberikan penataran tentang pelaksanaan PBS di sekolah setelah pemansuhan UPSR pada 2019. Mereka telah hadir bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Tahniah kepada anak-anak SK Bukit Tampoi (A) yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik pada pentaksiran pertengahan sesi akademik tahun ini. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan mudah putus asa kerana PBD adalah penilaian yang berterusan sepanjang tahun. Gunakanlah masa yang ada untuk memperbaiki keputusan tersebut.

No comments:

Post a Comment