Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, November 25, 2022

HARI KANAK-KANAK SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 
Hari Kanak-kanak telah disambut di SK Bukit Tampoi (A) pada 24 November 2022 (Khamis) dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Sambutan dimulakan dengan acara gogorama iaitu sukan senamrobik. Acara seterusnya adalah acara pertandingan badminton bagi murid-murid Tahap 2 manakala acara mewarna bagi murid-murid prasekolah dan Tahap 1,

Sejurus selepas rehat, murid-murid dikumpulkan di kantin sekolah untuk menyaksikan pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya. Seterusnya adalah acara karaoke yang dipertandingkan di antara kelas. Ada yang menyanyi secara berduet dan berkumpulan.

Di akhir sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini adalah jamuan makan tengah hari yang ditaja oleh McDonalds cawangan Seri Kembangan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga, PIBG dan para penyumbang kepada sambutan pada tahun ini. Sambutan yang meriah pada tahun ini amat bermakna buat murid-murid SK Bukit Tampoi (A).

No comments:

Post a Comment