Friday, August 25, 2023
Sunday, August 20, 2023
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-26, 2023
- PUSPEN membenarkan penggunaan padang bagi kejohanan sukan
- JAKOA memberikan perkhidmatan bas pergi dan balik dari kampung-kampung ke PUSPEN.
- Nestle yang menyumbangkan minuman Milo,
- McDonald menyumbangkan 150 biji burger, manakala
- JKR dan MP Sepang telah menyumbangkan peralatan khemah, kerusi dan meja.
Keseluruhan kejohanan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan walaupun keadaan padang yang becak dan berselut disebabkan hujan pada hari sebelumnya. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik dari segi kehadiran dan disiplin sepanjang di PUSPEN.
Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, manakala Rumah Merah telah memenangi kategori perbarisan terbaik. Adik Raimi Danish Bin Raeny dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Nur Aina Batrisyia binti Abdul Sani dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun ini.
KARNIVAL PENDIDIKAN SEKOLAH ORANG ASLI, PERINGNKAT NEGERI SELANGOR, 2023
Karnival Pendidikan Sekolah Orang Asli, Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 18 Julai 2023 (Selasa) di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Komandol, Jenjarom. Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini melibatkan 11 buah Sekolah Orang Asli (SOA) di negeri Selangor.
- bercerita (Bahasa Melayu)
- Bercerita (Bahasa Inggeris)
- Nyanyian solo (Bahasa Inggeris)
SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai 4 daripada 5 pertandingan yang dipertandingkan. Sekolah tidak menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Puisi (Bahasa Inggeris). Penglibatan yang aktif dari semua Sekolah Asli di Negeri Selangor memeriahkan Karnival pada kali ini. Murid-murid kelihatan begitu teruja dan gembira sepanjang Karnival berlangsung. SK Bukit Tampoi (A) hanya berjaya mendapat tempat ketiga bagi pertandingan Nyanyian solo yang disampaikan oleh Zaifriel Bin Zaidi Ahmad. Manakala bagi 3 pertandingan yang lain, SK Bukit Tampoi (A) hanya mendapat tempat saguhati.
Karnival ini telah banyak memberi pendedahan dan meningkatkan keyakinan diri di samping mencungkil bakat murid-murid khususnya Orang Asli. Keupayaan mereka bercerita dan bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris terutamanya amatlah membanggakan. Keberanian mereka untuk tampil ke hadapan harus dipuji. Tahniah buat semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam Karnival ini. Semoga pertandingan seumpama ini dapat diteruskan dalam melahirkan tokoh Orang Asli yang berwibawa pada masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada SK (Asli) Bukit Komandol sebagai tuan rumah bagi Karnival yang telah dikendalikan dan dijalankan dengan sangat sempurna dan sistematik. Sekalung syabas juga diucapkan kepada KPM, JPN dan PPD yang turut turun padang mengaksikan pertandingan ini dari mula hingga selesai.