Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label AADK. Show all posts
Showing posts with label AADK. Show all posts

Tuesday, November 28, 2023

MINGGU ANTIDADAH SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

Minggu Anti Dadah SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 27 November hingga 1 Disember 2023. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Sepang telah mengadakan ceramah kesedaran antidadah serta pameran bahan-bahan yang digunakan oleh penagih untuk menagih dadah. 

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, ia dapat memberikan maklumat berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah jika didapati bersalah.

Selain daripada aktiviti ceramah dan pameran, murid-murid turut menyertai pertandingan mewarna dan melukis poster sebagai gambaran bahawa kita boleh hidup bahagia tanpa menggunakan bahan terlarang. Semoga dengan adanya aktiviti berkala ini diadakan setiap tahun dapat membanteras penyalahgunaan dadah dari awal lagi.

Terima kasih diucapkan kepada AADK Cawangan Sepang kerana sudi hadir memberikan ceramah kesedaran dan mengadakan pameran kesedaran dadah di sekolah ini. Kehadiran tuan-tuan sangat memberi makna kepada anak-anak murid kami di sini. Semoga jalinan ini dapat diteruskan untuk tahun yang akan datang. 

"HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH"

Thursday, April 18, 2019

MINGGU PROGRAM PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2019


Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan Minggu PPDa yang diadakan dari 15 hingga 16 April 2019. Antara pengisian Minggu PPDa adalah ceramah, pameran, peraduan mewarna dan melukis kain rentang. Majlis perasmian telah diadakan pada 15 April 2019 (Isnin) yang dirasmikan oleh En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK HEM).

Ceramah PPDa telah diadakan pada 15 April 2019 (Isnin) yang telah disampaikan oleh dua orang pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan daerah Sepang. Mereka adalah En. Samat dan En. Bobby yang telah menyampaikan ceramah berkaitan jenis-jenis dadah, kesan negatif pengambilan dadah dan video berkaitan penyalahgunaan dadah.

Pada 16 April 2019 (Selasa) telah diadakan peraduan mewarna bagi semua murid dengan tema "Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita". Peraduan ini dijalankan selepas waktu rehat di ddalam kelas masing-masing.









Wednesday, July 27, 2016

CERAMAH ANTI DADAH PADA MINGGU ANTI DADAH 2016


Ceramah Anti Dadah merupakan sebahagian aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Anti Dadah SK Bukit Tampoi (A) 2016. Unit Anti Dadah SK Bukit Tampoi (A) telah berbesar hati untuk menjemput penceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sepang. Mereka telah datang untuk memberikan penerangan tentang penyalahguaan dadah di samping mengadakan pameran mini. Terima kasih diucapkan kepada para pegawai dan AADK Cawangan Sepang kerana sudi datang untuk memberikan maklumat dan nasihat yang berguna kepada warga SK Bukit Tampoi (A) keseluruhannya.


Monday, July 25, 2016

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2016 SK BUKIT TAMPOI (A)


Minggu Anti Dadah 2016 telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Azman Shah bin Mohd Yunus (GPK Pentadbiran). Program ini akan berlangsung dari 25-27 Julai 2016. Program ini dianjurkan oleh Unit Anti Dadah 2016 yang diketuai oleh Pn. Norshazzira bt. Shamsuz Zaman. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang di antaranya ialah aktiviti mewarna dan ceramah anti dadah.