Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

BENGKEL PROJEK TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 2018


Bengkel Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu telah dilakukan di Makmal Sains, SK Bukit Tampoi (A). Bengkel tersebut telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada para peserta Kedap.

Turut hadir pada bengkel tersebut adalah Batin Changkek Anak Dabal (Batin KOA Bukit Tampoi), En. Mohamad Syakir (IRM), Cik Hanani (IRM), En. Azman Shah (GPK Pentadbiran), En. Mohd. Fadzli (GPK HEM) dan Pn. Siti Najlaa (Penyelaras Kedap).

Ini merupakan langkah kedua daripada perjalanan projek, di mana langkah pertama adalah mendirikan pondok cendawan yang telah diusahakan oleh En. Farid Anwar (GPK Kokurikulum) dan En. Hardi (Pekerja Swasta Sekolah).

Langkah seterusnya ialah menyiapkan rak-rak sebagai tempat meletakkan bongkah-bongkah cendawan semasa proses semaian benih. Langkah ini akan dijalankan secara bergotong-royong bersama orang kampung. 


En. Syakir (IRM), Batin Changkek (Tok Batin KOA Bukit Tampoi) dan En. Mohd. Fadzli (GPK HEM)

 Pengacara Majlis

 Ucapan GPK Hal Ehwal Murid

Ucapan Tok Batin KOA Bukit Tampoi

 Pensyarah UPM

Menyediakan media 

Menggaul media

 Mengisi media ke dalam beg plastik


Contoh Cendawan Tiram Kelabu

Monday, March 5, 2018

JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (MYJICA) 2018


Japan International Cooperation Agency (MYJICA) adalah satu program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi yang telah berlangsung selama 1 hari pada 3 Mac 2018 (Sabtu) bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.



SK Bukit Tampoi (A) telah diundang untuk menyertai program tersebut melalui kolaborasi dengan Islamic Relief Malaysia (IRM). Seramai 28 orang murid yang terpilih telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 dengan diiringi oleh 2 orang guru. Manakala pihak IRM telah sudi menyediakan pengangkutan dan makanan dan minuman untuk para peserta.




PetroSains yang telah diundang khas telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik khas untuk murid-murid. Mereka telah memberi peluang kepada peserta untuk membuat projek masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan.




Kemudian, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Sains Forensik UKM. Di sana, mereka diberi penerangan tentang peranan unit tersebut dalam membantu Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes-kes berat yang sukar untuk diselesaikan. Selain daripada itu, peserta turut diberi peluang untuk melakukan pengesanan cap jari masing-masing sebagai pengalaman dan kenangan.





Para peserta yang mengikuti program ini telah menunjukkan minat yang mendalam tentang mata pelajaran Sains. Mereka sudah mula berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains kerana mereka dapati bahawa banyak aktiviti yang menarik yang dapat mereka perolehi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh guru dan sekolah.






Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak UKM khususnya kepada Dr. Sri Pawita Al Bakri kerana sudi menjemput sekolah kami dalam menyertai program yang sungguh berguna ini. Turut tidak dilupakan adalah pihak IRM terutama kepada En. Mohamad Syakir Sarib dan rakan-rakannya kerana sudi menyediakan pengangkutan dan makan minum kami sepanjang berada di sana. Semoga kerjasama ini dapat dieratkan dan dipanjangkan ke program-program yang lebih menarik dan memberi impak yang positif kepada murid-murid SK Bukit Tampoi (A).



Thursday, August 4, 2016

BENGKEL BUDAYA KERJA CEMERLANG 2016


Bengkel Budaya Kerja Cemerlang 2016 yang telah disampaikan oleh En. A. Rahman bin Ngit (Ketua Sektor Pengurusan Akademik) dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau ialah mantap Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Bengkel ini memberi pendedahan tentang potensi diri dan pengurusan organisasi yang baik.

Bergambar kenangan bersama Ketua Sektor

Guru Besar & GPK 1 turut hadir

Guru-guru yang hadir

Cenderamata buat penceramah