Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Infrastruktur. Show all posts
Showing posts with label Infrastruktur. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

PROJEK NAIKTARAF MAKMAL KOMPUTER 2018



Makmal Komputer SK Bukit Tampoi (A) bakal berubah wajah apabila Projek Naiktaraf Makmal Komputer siap kelak. Projek ini adalah projek kerjasama di antara pihak sekolah dengan Yayasan MyKasih. 

Pada hari ini, wakil daripada pihak MyKasih telah datang bersama pihak kontraktor yang dilantik bagi membuat tinjauan tapak di makmal komputer. Mereka telah bertemu dan berbincang dengan Pn. Zaharah selaku Pegawai Penyelaras Bestari Sekolah tentang pelan dan kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 ( PA21 ).

Projek ini akan dilakukan pada penghujung cuti sekolah ini kerana tidak mahu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Perkara yang dinaiktaraf meliputi sistem pendingin hawa, sistem rangkaian dan sistem pandang dengan (audio visual).

Harapan kami agar projek ini berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan untuk membolehkan kemudahan ini dapat digunapakai oleh murid-murid pada awal tahun hadapan.

Tuesday, July 10, 2018

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT


Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah dilakukan di bangunan baharu pada 10 Julai 2018 pukul 8.30 pagi sempena pembukaan dan penggunaan bangunan baharu yang telah dilancarkan baru-baru ini. Majlis bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Anwar bersama para guru, staf dan murid Islam yang diadakan di dalam bangunan baharu.

Sejurus selepas bacaan Yassin dan doa selamat, Guru Besar telah memberi sepatah dua kata dengan melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan bangunan baharu kepada sekolah. Beliau juga berasa berbangga kerana bangunan ini telah siap dan boleh digunakan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Beliau berharap agar bangunan yang baharu ini dapat diceriakan lagi dengan deko-deko yang menarik sekaligus dapat menggalakkan minat murid untuk hadir ke sekolah demi kecemerlangan diri murid agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.





Monday, July 9, 2018

MAJLIS PENYERAHAN & PENGAMBILALIHAN PROJEK SIAP BANGUNAN BAHARU 2018


Majlis Penyerahan dan Pengambilalihan Projek Siap Bangunan Baharu 2018 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 5 Julai 2018 (Selasa). Majlis ini diadakan adalah untuk menyerahkan kunci bangunan baharu kepada pihak sekolah yang terlibat oleh Jabatan Kerja Raya. Terdapat tiga sekolah yang terlibat di dalam projek tersebut iaitu SK Bukit Tampoi (A), SK Bukit Bangkong (A) dan SK Desa Putra.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Kerja Raya Selangor kepada guru besar-guru besar sekolah terlibat. Turut hadir adalah wakil PPD Sepang, YDP PIBG SKBT(A),pegawai-pegawai JKR dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

SK Bukit Tampoi (A) amat bertuah dan berterima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JKR Selangor, PPD Sepang kerana prihatin dan peduli dengan masalah bangunan lama yang usang dan tidak selamat untuk diduduki. Justeru itu, sekolah ini dianugerahkan sebuah bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama yang mengandungi tiga bilik darjah dengan kapasiti 90 orang murid.