Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, July 10, 2018

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT


Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah dilakukan di bangunan baharu pada 10 Julai 2018 pukul 8.30 pagi sempena pembukaan dan penggunaan bangunan baharu yang telah dilancarkan baru-baru ini. Majlis bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Anwar bersama para guru, staf dan murid Islam yang diadakan di dalam bangunan baharu.

Sejurus selepas bacaan Yassin dan doa selamat, Guru Besar telah memberi sepatah dua kata dengan melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan bangunan baharu kepada sekolah. Beliau juga berasa berbangga kerana bangunan ini telah siap dan boleh digunakan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Beliau berharap agar bangunan yang baharu ini dapat diceriakan lagi dengan deko-deko yang menarik sekaligus dapat menggalakkan minat murid untuk hadir ke sekolah demi kecemerlangan diri murid agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.





No comments:

Post a Comment