Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label KWAPM. Show all posts
Showing posts with label KWAPM. Show all posts

Friday, August 9, 2019

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 2019


Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kepada murid Darjah 1 hingga Darjah 6 (Sekolah Rendah) dan Tingkatan 1 (Sekolah Menengah). Jumlah bantuan yang diberikan pada tahun 2019 adalah sebanyak RM100 seorang.

Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah menerima sebanyak 97 orang murid yang layak diberikan bantuan tersebut. Mereka terdiri daripada 17 orang (Data Sekolah), 78 orang (eDamak) dan 2 orang (eKasih). Oleh yang demikian, satu majlis penyerahan bantuan KWAPM telah diadakan pada 8 Ogos 2019 (Khamis) dari pukul 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sambutan daripada ibu bapa terhadap penyerahan bantuan ini amat menggalakkan. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir murid terutama bagi murid yang kerap tidak hadir ke sekolah tidak mendapat bantuan yang diberikan. Ini disebabkan oleh maklumat yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah tidak dipanjangkan kepada mereka. 

Bantuan yang disalurkan adalah melalui pemindahan akaun bank. Justeru itu, murid yang menerima bantuan tersebut perlu membuka dan mengaktifkan akaun masing-masing sebelum bantuan ini dapat diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian kecil yang tidak dapat membuka buku akauan seperti yang diminta atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pihak sekolah memberi kelonggaran untuk memberi bantuan tersebut dalam bentuk wang tunai kepada mereka.

Bantuan KWAPM ini diberikan dalam tempoh masa yang terhad iaitu sehingga 16 Ogos 2019 (Jumaat). Ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan bantuan tersebut di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Selepas daripada itu, jika terdapat lebihan atau bantuan yang tidak dituntut pihak sekolah akan memulangkan semula bantuan tersebut kepada pihak kementerian.





Sunday, August 19, 2018

TAKLIMAT KWAPM 2018


Taklimat Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2018 telah diadakan pada 17 Ogos 2018 (Jumaat). Taklimat ini telah diadakan di kelas Tahun 5 dan Tahun 6. Seramai 109 orang murid yang layak telah dipanggil untuk mendengar taklimat tersebut. 

Murid yang layak terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Taklimat diberikan bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan kelayakan penerima bantuan dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga untuk mendapat bantuan tersebut.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Kemudian ibu bapa dibawa berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk menyerahkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.











Friday, May 12, 2017

PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN KWAPM 2017


Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) merupakan sebuah tabung amanah untuk pelajar miskin yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membantu pelajar miskin sekolah membiayai bayaran persekolahan seperti pembelian buku-buku, pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang lain.

Seramai 28 orang murid terpilih daripada murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang terlibat dalam pengagihan bantuan kewangan tersebut. Unit KWAPM di bawah Unit Hal Ehwal Murid telah memohon para ibu bapa yang terlibat untuk hadir pada majlis pengagihan bantuan tersebut pada hari ini di Makmal Sains pada pukul 10.30 pagi.

Turut hadir adalah dua orang Tok Batin dari KOA Bukit Tampoi dan KOA Kolam Air Bangkung.  Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Bukit Tampoi yang diikuti oleh ucapan oleh Batin Ongen Anak Dabal, Tok Batin dari Kolam Air Bangkung. 

Sejurus selepas itu, para ibu bapa mengambil giliran untuk menyerahkan salinan buku akaun anak masing-masing kepada pihak sekolah. Wang sumbangan akan dikreditkan terus ke dalam akaun anak masing-masing dalam tempoh masa lima hari bekerja.


Ucapan Guru Besar


Ucapan Tok Batin


Para Ibu Bapa Berbaris Memberi
Salinan Buku Bank Anak kepad Pihak Sekolah

Wednesday, August 3, 2016

PROGRAM CAKNA WARIS 2016

Program Cakna Waris diadakan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan anak-anak hadir ke sekolah, meningkatkan keprihatinan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran murid dan mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangni masalah kehadiran murid.


En. Anitudin bin Pak Pit dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah dijemput bagi merasmikan program tersebut yang diikuti oleh penerangan berkaitan pengagihan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) oleh En. Azman Shah bin Yunus (GPK Pentadbiran).