Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, July 18, 2016

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM KE SK BUKIT TAMPOI (A)


En. Saiful bin Nurdin
Guru Praktkum Pendidikan Islam
IPG Kampus Bangi


En. Rafiuddin bin Jamalin
Guru Praktikum Pendidikan Islam
IPG Kampus Bangi

Thursday, July 14, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS PELAN STRATEGIK 2016


Pada hari 12 Julai 2016 (Selasa), Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Tampoi (A) telah mengadakan lawatan penanda aras untuk pelan strategik sekolah. Sekolah yang dilawati adalah SK Bukit Mahkota. Sekolah itu dipilih kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam membina pelan strategik sekolah serta rekod-rekod yang tersusun rapi sebagai rujukan. Ini merupakan langkah yang proaktif pihak sekolah bagi menjawab pemantauan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang lalu.

PESTA DURIAN SK BUKIT TAMPOI (A) 2016

Musim durian telah tiba di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Ini adalah pengalaman pertama GPK Kokurikulum merasai buah durian yang segar dari kebun Orang Asli Dengkil ini. Ini merupakan hasil tuaian yang pertama pada tahun ini.

Friday, July 1, 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016


Program Ihya' Ramadhan SK Bukit Tampoi (Asli) telah ditutup secara rasminya pada hari Jumaat (1/7/2016) iaitu hari terakhir persekolahan sebelum mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Cuti hari raya pada tahun ini adalah selama 9 hari bermula Sabtu (2/7/2016 hingga 10/7/2016). Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin (11/7/2016).


Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan (Guru Besar, SK Bukit Tampoi (Asli)). Pada majlis tersebut, murid-murid Orang Asli yang beragama Islam telah diraikan dengan pemberian kuih raya dan duit raya. Manakala bagi murid-murid lain, mereka turut diberikan duit raya juga.Sumbangan kuih raya adalah daripada pengusaha kantin sekolah manakala sumbangan duit raya adalah daripada guru-guru dan staf sokongan sekolah. 


Acara terakhir dalam majlis tersebut adalah upacara bersalaman di antara semua murid dan guru serta kakitangan sekolah. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga SK Bukit Tampoi (Asli) menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja harap diampunkan.