Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Praktikum. Show all posts
Showing posts with label Praktikum. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM 2017


Majlis Perpisahan Guru Praktikum 2017 adalah majlis yang diatur oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A) sebagai mengalu-alukan kedatangan dan menghargai sumbangan mereka kepada sekolah dan murid-murid. Mereka yang diraikan ialah En. Ridzuan dan En. Mustaqim guru pelatih dari IPG Kampus Bangi.

Mereka menjalani latihan selama dua bulan di sekolah ini di bawah bimbingan En. Anwar. Selain daripada menjalani latihan pengajaran dan pembelajaran, mereka juga turut mencurahkan bakti memberi sumbangan tenaga dengan menceriakan Bilik Pendidikan Islam dan mengambil peluang mengecat laluan keselamatan.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam bersetuju untuk menganjurkan majlis perpisahan buat mereka. Majlis yang serba ringkas ini dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sekolah yang diadakan pada waktu rehat murid. Terima kasih diucapkan kepada anda berdua kerana sudi berbakti di sekolah ini walaupun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Harapan kami buat mereka berdua agar dapat meneruskan kecemerlangan diri untuk memajukan sekolah dan anak bangsa Malaysia.











Sunday, September 4, 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM SIRI 2 TAHUN 2016

Majlis Perpisahan bagi menghargai jasa baik dua orang guru praktikum daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bangi iaitu En. Saiful dan En. Rafifuddin. Mereka telah menjalani sesi praktikum selama dua bulan di sekolah bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas sehingga 2 September 2016. Mereka telah dibimbing oleh Ustaz Anwar bin Salleh sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini. 
Sepanjang berada di sini, mereka telah banyak membantu pentadbir dan guru-guru dalam mengawal disiplin murid semasa perhimpunan, membantu mempersiapkan peralatan siaraya setiap kali diadakan program sekolah dan mengecat nama sekolah di dinding bilik guru berhadapan tapak perhimpunan.
Bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka ketika berada di sekolah ini, guru pembimbing bagi mereka iaitu Ustaz Anwar telah bermurah hati untuk menyediakan sedikit jamuan ringkas sempena majlis perpisahan mereka. Semoga pengalaman mereka selama berada di SK Bukit Tampoi (A) memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga kerana dapat berdampingan dengan Orang Asli di sini. Di harapkan agar mereka akan menjadik seorang guru yang cemerlang dalam membangunkan modal insan yang gemilang.

Friday, August 12, 2016

SOLAT HAJAT UNTUK KECEMERLANGAN UPSR 2016


Solat Hajat untuk kecemerlangan UPSR 2016 adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu murid-murid SK Bukit Tampoi (A) amnya dan murid Islam khususnya. Ia dilakukan pada setiap pagi Jumaat bermula pada hari ini sehingga menjelang UPSR 2016. Solat hajat pada hari ini diimamkan oleh En. Saiful (guru praktikum Pendidikan Islam) yang menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir kerana bertugas di luar. Semoga dengan usaha dan kesungguhan akan membawa keberkatan ke atas anak murid kita sekalian.

Friday, August 5, 2016

LATIHAN GURU INTERIM BERAKHIR 2016

Sebulan sudah pun berlalu. Begitu cepat masa berlalu pergi. Tanpa sedar, berakhir sudah latihan intership bagi dua orang guru agama Islam iaitu En. Faiz dan En. Hafiz. Mereka merupakan guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Bangi yang menjalani kursus intership atau praktikum terakhir sebelum dilantik menjadi guru sebenar. 


Tempoh latihan selama sebulan diberikan kepada mereka bagi menyempurnakan tugasan terakhir iaitu menyiapkan laporan tesis masing-masing. Jasa dan bakti mereka di sini cukup bermakna bagi SK Bukit Tampoi (A) kerana mereka banyak memainkan peranan membantu guru-guru agama Islam dalam menyampaikan ilmu baharu kepada murid. 


Di samping itu, mereka turut menyumbangkan idea dalam menyelaraskan aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 dan melukis mural di dinding Bilik Pendidikan Islam. Pihak sekolah berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami. Doa kami agar cikgu-cikgu dipermudahkan urusan pembelajaran serta berjaya dalam jurusan masing-masing sehingga bergelar seorang guru. Selamat maju jaya dari kami warga SK Bukit Tampoi (A).

Monday, July 18, 2016

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM KE SK BUKIT TAMPOI (A)


En. Saiful bin Nurdin
Guru Praktkum Pendidikan Islam
IPG Kampus Bangi


En. Rafiuddin bin Jamalin
Guru Praktikum Pendidikan Islam
IPG Kampus Bangi