Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 6, 2017

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM 2017


Majlis Perpisahan Guru Praktikum 2017 adalah majlis yang diatur oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A) sebagai mengalu-alukan kedatangan dan menghargai sumbangan mereka kepada sekolah dan murid-murid. Mereka yang diraikan ialah En. Ridzuan dan En. Mustaqim guru pelatih dari IPG Kampus Bangi.

Mereka menjalani latihan selama dua bulan di sekolah ini di bawah bimbingan En. Anwar. Selain daripada menjalani latihan pengajaran dan pembelajaran, mereka juga turut mencurahkan bakti memberi sumbangan tenaga dengan menceriakan Bilik Pendidikan Islam dan mengambil peluang mengecat laluan keselamatan.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam bersetuju untuk menganjurkan majlis perpisahan buat mereka. Majlis yang serba ringkas ini dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sekolah yang diadakan pada waktu rehat murid. Terima kasih diucapkan kepada anda berdua kerana sudi berbakti di sekolah ini walaupun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Harapan kami buat mereka berdua agar dapat meneruskan kecemerlangan diri untuk memajukan sekolah dan anak bangsa Malaysia.











No comments:

Post a Comment