Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, May 12, 2017

PROGRAM THE CHAMPION TAHUN 6 SESI 2017




Program The Champion adalah suatu program kecemerlangan kurikulum bagi meningkatkan pencapaian murid terutamanya di dalam peperiksaan umum seperti UPSR. Unit Kurikulum telah merancang program tersebut yang dilaksanakan oleh Penyelaras Tahun 6 dengan kerjasama semua guru mata pelajaran teras Tahun 6 dan guru bimbingan dan kaunseling terlibat secara langsung dalam membantu murid-murid yang terpilih ini meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Seramai enam orang murid Tahun 6 yang terlibat dalam program ini. Para pelajar yang terlibat dalam program ini adalah Hasreefaizal, Ernieza, Mazlyna, Rosmalinda, She Norafezah dan Sarah Amanda. Mereka merupakan calon-calon UPSR 2017 yang diharapkan dapat meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Para ibu bapa kepada murid-murid berkenaan telah diminta hadir untuk sesi taklimat dan penerangan tentang program ini dan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk membantu kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR kelak. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah dua orang Tok Batin dari KOA Bukit Tampoi dan KOA Kolam Air Bangkung iaitu Batin Ongen dan Batin Cangkek.

Taklimat yang diadakan di Makmal Komputer pada pukul 11.00 pagi itu telah disampaikan oleh Guru Besar SK  Bukit Tampoi (A). Diikuti oleh ucapan daripada kedua-dua Tok Batin untuk memberi semangat dan dorong agar mereka dapat belajar dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya akhirnya.





No comments:

Post a Comment