Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, May 11, 2017

PEMBINAAN MENARA YES LIGHT POLE 2017


Pada 10 Mei 2017 (Rabu), sekolah telah didatangi oleh Syarikat YTL Sdn. Bhd. yang membekalkan kemudahan internet di seluruh sekolah di Malaysia. Mereka telah datang untuk menjalankan kerja-kerja membina menara YES Light Pole di dalam kawasan sekolah. Tujuan pembinaan menara tersebut adalah bagi menambahbaik penerimaan isyarat internet di sekolah. 


Kerja-kerja telah dimulakan dengan merobohkan dinding konkrit di hadapan tandas murid lelaki untuk membolehkan jentera berat untuk masuk bagi mengorek tanah. Sejurus kemudian, kerja-kerja mengorek tanah telah dilakukan oleh sebuah jengkaut. Setelah itu, para pekerja telah memasang tapak menara. Akhir sekali, mereka telah menyimen tapak menggunakan jentera pembancuh simen. Proses seterusnya ditangguhkan bagi memberi masa simen yang diletakkan kering sepenuhnya sebelum menara dipasang di atasnya.

No comments:

Post a Comment