Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, May 5, 2017

PROGRAM ISRAK & MIKRAJ 2017


Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Israk dan Mikraj 2017 di Bilik Pendidikan Islam pada hari ini 5 Mei 2017 (Jumaat). Program dijalankan sempena kedatangan bulan Rejab yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

Program dimulai dengan ucapan pengerusi majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Anwar diikuti dengan ucapan perasmian oleh GPK Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan persembahan peserta Karnival Dakwah Sekolah-sekolah (KDSS) Murid Asli Selangor. Peserta yang membuat persembahan adalah peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara tilawah dan hafazan.

Kemudian program diteruskan dengan tayangan cerita Israk dan Mikraj yang akan ditayangkan semasa program. Cerita yang ditayangkan banyak memberi ikhtibar kepada para penonton yang berkisah tentang Rasullullah S.A.W. dan sahabat baginda. Semoga peristiwa Israk dan Mikraj memberi banyak manfaat dan pengajaran yang berguna kepada kehidupan seharian kita.


Pengacara Majlis



 Ucapan GPK Pentadbiran



 Kehadiran Pentadbir, guru dan murid



No comments:

Post a Comment