Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, December 29, 2017

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2018

Tahun 2018 hampir menjelang tiba tidak berapa hari lagi. Ini menandakan cuti persekolahan yang panjang hampir sampai di penghujungnya. Maka bermulalah sesi persekolahan baharu sesi 2018. Sesi persekolahan 2018 akan bermula seperti berikut : -

Tarikh : 2 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 7.40 pagi - 1.30 petang
Tempat : SK Bukit Tampoi (A)

Sehubungan dengan pembukaan sekolah pada tahun 2018, murid-murid diharapkan dapat hadir awal ke sekolah dengan memakai pakaian seragam yang lengkap. Pihak sekolah akan mengadakan satu sesi taklimat kepada murid-murid di tapak perhimpunan sekolah.

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2018


Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini 29 Disember 2017 (Jumaat) di kelas Tahun 1 Melati. Seramai 28 orang murid Tahun 1 yang telah mendaftar di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2018.

Pendaftaran ibu bapa mula dibuka pada pukul 8.00 pagi. Pada pukul 8.30 pagi diadakan taklimat ringkas kepada semua ibu bapa yang hadir. Taklimat disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.

Selepas taklimat, ibu bapa diminta untuk mengisi maklumat borang maklumat APDM, Buku Kesihatan, Kad Gigi, KWAPM dan RMT. Semua maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semua maklumat yang dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah apabila diperlukan kelak. Selamat datang kepada semua murid Tahun 1 yang telah berjaya melaporakan diri di SK Bukit Tampoi (A).


Juruacara


Bacaan Doa


Ucapan Guru Besar



Ucapan Penolong Kanan



Pendaftaran Ibu Bapa


Persiapan Guru


Kehadiran Ibu Bapa


Mengisi Borang



Thursday, December 28, 2017

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) akan mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2018 seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 29 Disember 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas 1 Melur
Pakaian : Seragam Sekolah

Oleh yang demikian, tuan/puan diminta hadir ke sekolah pada masa dan tempat yang dinyatakan di atas dengan membawa bersama salinan sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, slip gaji dan buku imunisasi anak masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi En. Mohd. Fadzli Bin Mansor, GPK Hal Ehwal Murid, SK Bukit Tampoi (A) melalui talian 017-8880954. Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Tuesday, November 28, 2017

PROGRAM MSU : LET'S READ WITH ASLI CHILDREN 2.0


Management and Sciences University (MSU) adalah sebuah universiti swasta yang terletak di Shah Alam, Selangor. Mereka telah datang ke SK Bukit Tampoi (A) pada 21 November 2017 (Selasa) untuk Program Let's Read With Asli Children 2.0. 

Seramai 78 orang pelajar bersama 4 orang pensyarah yang diketuai oleh Dr. Ooi Boon Keat (Timbalan Dekan), MSU. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar MSU untuk memberikan khidmat masyarakat kepada murid-murid Orang Asli tentang kepentingan membaca.

Kami di SK Bukit Tampoi (A) sangat berbesar hati dan bertuah kerana dikunjungi oleh MSU untuk membantu memberikan pendedahan yang berguna kepada warga sekolah kami. Kami mengucapkan terima kasih dan syabas kerana sudi datang ke sekolah kami. Semoga kedatangan tuan akan memberi impak yang positif terhadap perkembangan pembelajaran murid di sini.

Thursday, November 23, 2017

PROGRAM "CHEER TO SCHOOL" 2017


Program "Cheer to School" adalah satu program bantuan persediaan awal persekolahan kepada golongan yang memerlukan. Ini dapat memberi dorongan kepada golongan sasar untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu serta mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Program ini adalah kerjasama di antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan pihak sekolah. Pihak sekolah diberi tanggungjawab mengenal pasti golongan sasar seperti miskin tegar, yatim piatu, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asli. Manakala pihak IRM pula mencari dana dan penyumbang yang berpotensi bagi program ini. Program ini ditaja sepenuhnya oleh MEPS Malaysia.



Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 23 November 2017 (Khamis) di Dewan Sekolah yang melibatkan 103 murid yang terdiri daripada murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Mereka menerima kelengkapan sekolah berupaya pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis yang berjumlah RM200 seorang. Proses pembelian barangan keperluan sekolah diuruskan oleh IRM dengan tenaga kerja seramai 10 orang yang diketuai oleh En. Mohamad Syakir bin Sarib.



Kami di SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi sumbangan keperluan sekolah kepada warga sekolah ini. Sumbangan seperti ini amat diperlukan oleh murid-murid sekolah ini kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40. Semoga bantuan kebajikan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang demi masa depan Orang Asli yang cemerlang.