Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, November 23, 2017

PROGRAM "CHEER TO SCHOOL" 2017


Program "Cheer to School" adalah satu program bantuan persediaan awal persekolahan kepada golongan yang memerlukan. Ini dapat memberi dorongan kepada golongan sasar untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu serta mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Program ini adalah kerjasama di antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan pihak sekolah. Pihak sekolah diberi tanggungjawab mengenal pasti golongan sasar seperti miskin tegar, yatim piatu, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asli. Manakala pihak IRM pula mencari dana dan penyumbang yang berpotensi bagi program ini. Program ini ditaja sepenuhnya oleh MEPS Malaysia.



Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 23 November 2017 (Khamis) di Dewan Sekolah yang melibatkan 103 murid yang terdiri daripada murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Mereka menerima kelengkapan sekolah berupaya pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis yang berjumlah RM200 seorang. Proses pembelian barangan keperluan sekolah diuruskan oleh IRM dengan tenaga kerja seramai 10 orang yang diketuai oleh En. Mohamad Syakir bin Sarib.



Kami di SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi sumbangan keperluan sekolah kepada warga sekolah ini. Sumbangan seperti ini amat diperlukan oleh murid-murid sekolah ini kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40. Semoga bantuan kebajikan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang demi masa depan Orang Asli yang cemerlang. 

No comments:

Post a Comment