Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, November 22, 2017

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH & ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017


Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A) Tahun 2017 telah diadakan pada 22 November 2017 (Rabu) di Dewan Sekolah. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum ini telah dihadiri oleh ADUN Dengkil, Wakil PPD Sepang, Wakil JAKOA Daerah Sepang, tetamu khas, guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid penerima anugerah.

YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd. Sharif sebagai ADUN Dengkil telah sudi untuk merasmikan masjlis tersebut. Beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah-hadiah kepada para penerima hadiah. Hadiah-hadiah disumbangkan oleh Hj. Helmy bin Arshad (Pengerusi PIBG Sekolah-Sekolah Daerah Sepang). Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi membiayai hadiah-hadiah pada tahun ini.

Selain daripada itu, pihak sekolah amat bertuah kerana mendapat beberapa tajaan lain iaitu tajaan makanan dan hadiah cabutan bertuah. Makanan para jemputan dan hadirin adalah sumbangan daripada En. Katan. Beliau ialah salah seorang penjaga bagi murid Tahun 6 sekolah ini. Manakala hadiah cabutan bertuah pula disumbangkan oleh Dato' Seri Josephine Duyuk Tuah. Beliau ialah Pengerusi Syarikat Iltizam Centre Miri, Berjaya Indah Perkasa dan Authentic Sand Sdn. Bhd.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kepada majlis anugerah pada tahun ini. Semoga sumbangan yang diberikan akan menambahkan rezeki kepada para penderma. Harapan kami agar dengan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti dan syarikat luar akan dapat memberi impak yang optimum terhadap pencapaian murid sekolah ini.















No comments:

Post a Comment