Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, November 7, 2017

PROGRAM SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-21 TAHUN 2017


Program Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) kali ke-21 bagi tahun 2017 telah berjaya diadakan pada 5 November 2017 (Ahad). Program Sukan Tahunan pada kali ini telah disempurnakan oleh oleh En. Helmy bin Arshad (A.I.S. YDP PIBG SMK BBST & YDP PIBG SK Taman Seroja) selaku Pengerusi PIBG Sekolah-Sekolah Daerah Sepang.


Turut hadir memeriahkan program sukan ini adalah wakil Pegawai PPD Sepang, Batin-batin, YDP, NYDP dan AJK PIBG SK Bukit Tampoi (A). Selain daripada itu, pihak sekolah telah memohon kerjasama dengan pelajar-pelajar Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) dan bekas guru pelatih dari IPG Kampus Bangi untuk membantu melancarkan setiap acara yang dipertandingkan.


Juara keseluruhan Program Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) pada tahun 2017 telah dimenangi oleh Rumah Kuning, manakala Naib Johan disandang oleh Rumah Merah dan tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Biru. Olahragawan pula dijuarai oleh adik Tisus dari Rumah Kuning dan Olahragawati dijuarai oleh adik Nor Azian dari Rumah Merah.


Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada mereka yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Tingkatkan usaha dan asah bakat yang ada agar lebih cemerlang pada tahun yang akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Helmy bin Arshad kerana sudi datang dan merasmikan Program Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Kami amat menghargai sumbangan tuan kepada sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi sekolah dan meningkatkan motivasi guru demi kecemerlangan masyarakat Orang Asli di sekolah kami.


Tetamu Menerima Tabik Hormat


Prasekolah


Rumah Biru


Rumah Merah


Rumah Kuning


Bacaan Ikrar Sukan Tahunan


Bacaan Doa


 Ucapan Guru Besar


Ucapan Perasmian


Penyampaian Hadiah




Permulaan Acara



Jawatankuasa Kerja

No comments:

Post a Comment