Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, November 2, 2017

MAKLUMAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-21 TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-21 Tahun 2017 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 November 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Awam, KOA Bukit Tampoi

3.   Oleh kerana aktiviti sukan tahunan tersebut diadakan pada hari Ahad, maka pihak sekolah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sekolah telah mengambil 1 hari cuti peristiwa pada 6 November 2017 (Isnin). 

4.   Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 7 November 2017 (Selasa). Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(PN. SITI SAADAH BINTI MUKRIM)
Guru Besar,
SK Bukit Tampoi (A)

No comments:

Post a Comment